Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saluran paip Shell bocor; langkah kawal tumpahan minyak dilaksanakan

Langkah-langkah mengawal tumpahan minyak dilaksanakan selepas berlaku kebocoran dari satu saluran paip Shell yang berasaskan di darat pada pagi Ahad (20 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Saluran paip Shell bocor; langkah kawal tumpahan minyak dilaksanakan

Loji Shell di Pulau Bukom (Gambar: AFP)

SINGAPURA: Langkah-langkah mengawal tumpahan minyak dilaksanakan selepas berlaku kebocoran dari satu saluran paip Shell yang berasaskan di darat pada pagi Ahad (20 Okt).

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menyatakan pada lewat petang Ahad bahawa ia dimaklumkan mengenai kebocoran minyak dari sebuah saluran paip Shell antara Pulau Bukom dengan Bukom Kecil pada kira-kira pukul 1.00 tengah hari tadi.

Kebocoran itu berlaku pada kira-kira pukul 5.30 pagi tadi dan "dilaporkan berhenti di sumbernya", demikian menurut MPA dalam satu kenyataan media pada lewat petang Ahad.

Shell telah meletakkan pelampung penyerap minyak di tempat yang bocor itu dan ia juga mengerahkan kapal-kapal yang dilengkapi dengan bahan pemecah minyak untuk membersihkan tumpahan minyak di sekitar tempat yang bocor itu, menurut MPA.

"MPA telah mengarahkan tujuh kapal MPA yang dilengkapi dengan bahan pemecah minyak bersama dengan kapal-kapal dari syarikat kontraktor Singapore Salvage Engineers.

"MPA juga mengerahkan dron dan keupayaan satelit untuk membantu mengesan tumpahan minyak itu."

Agensi-agensi pemerintah yang relevan juga telah dimaklumkan untuk melaporkan jika mereka melihat sebarang tumpahan minyak, menurut MPA, sambil menambah tiada kesan tumpahan minyak baharu dilihat setakat pukul 6.00 petang tadi.

Pusat Kawalan Operasi Pelabuhan MPA telah mengeluarkan siaran keselamatan pengemudian kepada kapal-kapal yang berlalu supaya menjauhi tempat berlaku kebocoran itu, ia menambah.

Tiada kesan terhadap keselamatan navigasi, menurut MPA.

Mediacorp sudah pun menghubungi Shell untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan