Saluran paip minyak bocor: Operasi pembersihan dijangka selesai dalam 'hari-hari mendatang'
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Maritime and Port Authority of Singapore)
SINGAPURA: Operasi pembersihan susulan kebocoran minyak dari saluran paip Shell disasarkan akan selesai dalam "hari-hari akan datang", kata pihak berkuasa pada Selasa (22 Okt).
Kesan minyak tidak dilihat di laut mahupun darat setakat jam 3.00 petang.
Dalam kemas kini mengenai situasi itu, beberapa agensi Singapura dalam satu kenyataan bersama menyatakan bahawa pembersihan minyak di saluran antara Pulau Bukom dan Bukom Kechil sedang dijalankan.
"Pembersihan baki minyak yang terperangkap dalam pelampung penyerap minyak di saluran itu serta pada bongkahan batu dan infrastruktur, disasarkan selesai dalam beberapa hari akan datang."
Langkah-langkah menyerap tumpahan minyak menggunakan pelampung dilaksanakan selepas berlaku kebocoran dari saluran paip darat Shell antara Pulau Bukom dan Bukom Kecil pada Ahad (20 Okt).
Shell menyatakan pada Isnin (21 Okt) bahawa sekitar 30 hingga 40 tan metrik campuran minyak dan air, telah melimpah ke laut.
"Kami telah menggunakan pelampung penyerap minyak, kapal antipencemaran dan bahan pemecah minyak untuk membendung dan memecahkan minyak sebagai sebahagian daripada usaha pembersihan yang berterusan," menurut syarikat itu.
Kenyataan bersama pada Selasa mendedahkan agensi air negara PUB akan terus memantau pengambilan air laut di loji penyahgaramannya.
Bacaan mutu air laut kekal normal, tambah pihak berkuasa.
"Tiada laporan mengenai ternakan ikan terjejas oleh kebocoran minyak. Agensi akan terus memantau bagi sebarang kesan minyak."
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks), PUB, Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC), Agensi Makanan Singapura (SFA), Penguasa Tanah Singapura (SLA), JTC, dan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.