Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saluran paip gas asli SG tidak terjejas oleh kapal minyak terkandas

Anggaran Waktu Membaca:
Saluran paip gas asli SG tidak terjejas oleh kapal minyak terkandas

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 03 Nov 2022 04:23PM Dikemas Kini : 03 Nov 2022 04:45PM
SINGAPURA: Saluran paip yang menyalurkan gas dari Indonesia ke Singapura tidak terjejas setakat ini oleh sebuah kapal minyak yang terkandas berdekatan.

Demikian menurut Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Khamis (3 Nov).

Kapal Young Yong yang berdaftar dari Djibouti terkandas di Takong Kecil, Kepulauan Riau di Selat Singapura, sekitar pukul 8.20 malam pada 26 Oktober, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).

“Kapal yang terkandas itu berada di kawasan saluran paip bawah laut yang menyalurkan gas asli dari Sumatera Selatan dan Natuna Barat, Indonesia ke Singapura untuk menjana kuasa dan bagi kegunaan industri,” menurut EMA dalam satu kenyataan pada Khamis (3 Okt).

“Saluran-saluran paip ini dilengkapi dengan perlindungan tambahan yang dipasang rapi. Setakat ini, bekalan gas dan tekanan daripada saluran paip ini kekal normal.”

Agensi tersebut menambah bahawa ia sedang memantau situasi itu dan bersedia mengaktifkan pelan luar jangka untuk mengurangkan gangguan bekalan eletrik di Singapura.

Menurut Reuters, kapal itu mempunyai muatan sebanyak dua juta tong minyak mentah dan hampir diisi penuh.

Dengan kapal itu terkandas di perairan Indonesia, pihak berkuasa Indonesia mengetuai usaha pengapungan semula kapal itu serta usaha pencegahan terhadap kemungkinan berlakunya tumpahan minyak, menurut MPA.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan