Salon kecantikan mengaku amalan tidak adil ekoran aduan pelanggan
Tiga salon kecantikan mengaku melakukan amalan tidak adil menyusuli aduan para pelanggan terhadap mereka.

Gambar fail. (Gambar: AFP/Juan Mabromata)
SINGAPURA: Tiga salon kecantikan mengaku melakukan amalan tidak adil menyusuli aduan para pelanggan terhadap mereka.
Persatuan Pengguna Singapura (CASE) pada Selasa (6 Okt) menyatakan bahawa pihaknya sudah menandatangani perjanjian Perjanjian Pematuhan Sukarela dengan tiga salon: Organic Salon, Spacio TCM Wellness dan Four Seasons Beauty Salon.
Perjanjian-perjanjian sedemikian adalah dokumen-dokumen sukarela yang ditandatangani oleh perniagaan-perniagaan yang mengaku melakukan amalan tidak adil di bawah Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Adil).
Di bawah syarat perjanjian itu, tiga salon tersebut "komited untuk menghentikan amalan tidak adil mereka", dan sudah bersetuju untuk menawarkan tempoh bertenang selama lima hari bagi para pelanggan untuk membatalkan kontrak mereka, menurut CASE. Salon-salon itu juga akan memberi pampasan kepada para pelanggan yang terjejas.
Sebuah lagi syarikat kecantikan, Natural Beauty Resources, dirujuk kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura bagi siasatan selepas gagal menandatangani perjanjian pematuhan sukarela dengan CASE.
Pertubuhan itu menyatakan bahawa para pengguna membuat aduan bahawa salon-salon itu telah membuat pengakuan palsu atau mengelirukan, dan menggunakan "desakan atau pengaruh tidak sewajarnya" untuk melakukan urusniaga.
Aduan-aduan itu difailkan terhadap empat salon kecantikan itu antara 1 Jan 2019 dengan 31 Ogos tahun ini.

(Gambar: Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura)
Sesetengah pengguna juga mengadu bahawa salon-salon itu mengenakan bayaran tambahan bagi rawatan tambahan atau pakej tanpa kebenaran mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.