Salasilah keluarga kunci fahami warisan turun-temurun
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Mengapa sesetengah keluarga mengekalkan amalan, tradisi atau adat tertentu yang mungkin tidak diamalkan keluarga lain?
Menurut seorang penyelidik budaya, Cik Nur Fathiah A'bdussamad, banyak amalan dan budaya yang diwarisi sesebuah keluarga sebenarnya “berkait rapat dengan dari mana mereka datang”.
Bukan sekadar untuk mengetahui nama nenek moyang atau asal usul mereka, malah menelusuri salasilah keluarga adalah untuk memahami bagaimana warisan tersebut terus mempengaruhi kehidupan generasi hari ini, kongsi Cik Fathiah kepada wartawan Batrisyia Kamal Baharim.
"Kita perlu cari dari mana asal kita dan budaya berbeza. Ini salah satu cara untuk memahami kenapa keluarga kita memiliki ciri-ciri kehidupan atau budaya tertentu. Saya rasa penting untuk anak muda faham dari mana mereka datang atau dari mana keturunan mereka agar mereka tahu bahawa setiap pergerakan yang berlaku dalam keluarga itu sebenarnya datang daripada leluhur dan asal-usul mereka," kata wanita 38 tahun itu.

Minat dan usahanya untuk mula mencari salasilah keluarga terdetik selepas pemergian arwah neneknya pada Jun 2022.
Arwah neneknya berasal dari Pulau Bawean di Indonesia.
Kehilangan kunci kepada sejarah keluarganya itu mendorong beliau untuk mencari sendiri jawapan tentang asal usul keturunannya.
Pada Oktober 2022, Cik Fathiah menjejakkan kaki ke Pulau Bawean buat pertama kali bagi menelusuri jejak keluarganya dan mendapatkan gambaran lebih jelas tentang kehidupan nenek moyangnya.
Namun usaha menelusuri sejarah keluarganya hingga kini bukan sesuatu yang mudah.
"Dari segi sumber untuk mencari, sebenarnya hampir tiada waktu saya (menuntut) di London tetapi apabila pulang ke Singapura, saya cuba bertemu dengan setiap ahli keluarga yang saya ada," kata beliau yang merupakan lulusan The King's Foundation School of Traditional Arts di London.
Meskipun begitu, bagi dirinya lebih mudah untuk pergi negara atau tempat asal keluarga.
"Sebenarnya cara yang paling mudah untuk mencari sumber adalah dengan pulang ke Bawean sendiri dan bertemu penduduk di sana," katanya.
Nasihat ini turut beliau kongsikan kepada para hadirin dalam satu sesi panel sempena Hari Selidik Keturunan Melayu (MAS) anjuran Persatuan Salasilah Singapura (GSS) di The Pod, Bangunan Perpustakaan Negara, pada Sabtu (6 Jun).
JATI DIRI & WARISAN KELUARGA MUNGKIN HILANG JIKA TIDAK DITURUNKAN
Turut berkongsi pengalaman ialah Encik Sarafian Salleh yang mula menyelidik keturunan Bugisnya ketika berusia 16 tahun selepas diberitahu ibunya tentang asal usul keluarganya.
Pada awalnya, beliau hanya mengenali nama "Bugis" daripada nama tempat dan jalan raya di Singapura.
Namun rasa ingin tahu untuk mendapatkan kepastian tentang susur galur keluarganya mendorong beliau melakukan kajian lebih mendalam mengenai sejarah dan warisan masyarakat Bugis.
Bagi Encik Sarafian, 56 tahun, perkara yang paling membimbangkan sekiranya sejarah keluarga tidak dipelihara ialah hilangnya warisan yang diwariskan turun-temurun.
"Apa yang akan hilang jika saya tidak mencari keturunan saya ialah maruah atau tradisi bangsa yang amat penting bagi masyarakat kita di Singapura, terutama sekali kepada generasi muda," katanya.

Beliau turut berpendapat bahawa minat untuk menelusuri salasilah keluarga masih belum begitu meluas dalam kalangan masyarakat.
Namun menurutnya, memahami sejarah sendiri penting bagi memastikan tradisi dan warisan terus dipelihara untuk generasi akan datang.
Malah beliau juga telah membukukan dapatan penyelidikannya dalam buku berjudul 'Tuah Bugis - Chronicles of the Seafaring People of Singapore'.
Panelis lain termasuk penyelidik keluarga lain, Encik Mohamed Zulkifli Rahmat, Cik Nora Samosir, Encik Ronney Tan Koon Siang dan Dr Vivienne Wee.
Sesi perkongsian itu dikendalikan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Suriani Suratman.
Diadakan buat julung kalinya, ia menghimpunkan sekitar 120 peserta termasuk anggota masyarakat, penyelidik warisan, anggota dari Perpustakaan Negara (NLB) dan Lembaga Warisan Negara (NHB), bagi menggalak rakyat Singapura menelusuri sejarah keluarga serta akar keturunan mereka di rantau Asia Tenggara.
KEMBALI KE AKAR, SELAIN RUJUK REKOD DAN ARKIB
Antara yang meraih manfaat daripada acara itu ialah Cik Nadya Salyriana Mohamed Sallehin, 45 tahun, yang mengetahui tentang acara itu menerusi kumpulan sembang masyarakat Jawa.
Cik Nadya hadir dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantunya meneruskan penyelidikan salasilah keluarganya.
“Dalam penyelidikan genealogi, kita tidak hanya bergantung kepada sumber tempatan seperti Perpustakaan Negara," ujar Cik Nadya.
Perlunya untuk juga bertanya dengan orang yang telah menjalani penyelidikan dan pencarian itu sendiri dan bagi beliau, Cik Fathiah merupakan sumber itu.
"Daripada saudari Fathiah, hari ini saya belajar bahawa ada cara untuk kita susur galur keluarga melalui tempat tinggal keluarga itu sebelum dia berhijrah ke Singapura," katanya.

Setakat ini, beliau berjaya menelusuri sejarah keluarga datuknya sebelah ayahnya yang berasal dari Pulau Jawa sebelum berhijrah ke Siam dan akhirnya ke Singapura.
Namun, sejarah keluarga neneknya (sebelah ayahnya) masih menjadi persoalan yang ingin dirungkaikannya.
Sebahagian daripada persoalan itu berkait dengan arwah neneknya yang menggunakan gelaran Raden pada kad pengenalannya.
Gelaran tersebut lazim dikaitkan dengan keturunan bangsawan dalam beberapa komuniti Melayu-Nusantara.
"Kita mungkin tidak akan dapat cerita yang sempurna atau lengkap tentang keluarga kita tetapi kalau kita cari, sedikit sebanyak kita akan dapat tahu tentang diri kita sendiri," tambah beliau.
Acara itu turut dihadiri Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan Ehwal Dalam Negeri, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.