SalamSG Korban mungkin diperluaskan ke lebih banyak masjid pada tahun-tahun mendatang
Pelaksanaan ibadah korban dalam negeri oleh SalamSG berpotensi diperluaskan ke lebih banyak masjid pada tahun-tahun mendatang.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelaksanaan ibadah korban dalam negeri oleh SalamSG mungkin diperluaskan ke lebih banyak masjid pada tahun-tahun mendatang.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim, berkata demikian semasa menghadiri pengagihan daging korban di Blok 56, Lorong 4 Toa Payoh, pada Sabtu (28 Jun).
Menurut beliau, inisiatif korban tahunan anjuran SalamSG mencatat satu pencapaian baharu tahun ini, dengan hampir 5,700 ekor haiwan ternakan disembelih sempena sambutan Hari Raya Haji baru-baru ini.
Jumlah penyertaan korban meningkat hampir 20 peratus berbanding tahun lalu, mencerminkan sokongan yang semakin kukuh daripada masyarakat Islam melalui masjid-masjid di seluruh negara.
Sekitar 65 peratus daripada keseluruhan daging korban itu disumbangkan, bukan sahaja kepada penerima tempatan, tetapi juga kepada komuniti antarabangsa.
Lebih 13,000 kilogram daging korban akan diproses dan dimasukkan ke dalam tin, sebelum dihantar ke Gaza melalui rakan pelaksana di lapangan.
"Penghantaran dijangka berlaku pada separuh kedua tahun ini. Kita sedang memantau dengan rapi perkembangan di sana bagi memastikan bantuan sampai kepada penerima yang dimaksudkan," ujar Dr Faishal.
Beliau turut berkongsi pengalamannya melawat operasi korban tempatan di PERTAPIS baru-baru ini, dan menyedari adanya permintaan yang meningkat terhadap pelaksanaan korban dalam negara.
"Saya maklum akan perkara ini dan akan berbincang dengan MUIS bagi meneroka kemungkinan memperluaskan pelaksanaan korban tempatan di lebih banyak masjid, melangkaui enam masjid yang dibenarkan sekarang," tambah beliau.
Dr Faishal menegaskan bahawa aspek keselamatan dan pematuhan peraturan akan terus menjadi keutamaan sekiranya peluasan ini dilaksanakan.
"Saya mohon sedikit masa untuk meneliti perkara ini dengan lebih mendalam, dan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan yang selamat dan berkesan," katanya.
Beliau turut menyorot bagaimana pengalaman lalu, termasuk semasa pandemik COVID-19, menjadi pemangkin untuk melestarikan pelaksanaan ibadah korban secara tempatan.
"Walaupun kita dikejutkan oleh COVID, usaha korban tetap diteruskan. Tahun demi tahun, kita melihat semangat gotong-royong terus subur, dan kita mahu terus menyediakan landasan bagi masyarakat menyumbang bersama," katanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.