Skip to main content

Singapura

SalamSG Korban buka tempahan lebih awal; 52 masjid akan tawar ibadah korban luar negara

Portal SalamSG Korban sudah mula menerima tempahan bagi ibadah korban pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
SalamSG Korban buka tempahan lebih awal; 52 masjid akan tawar ibadah korban luar negara

(Gambar hiasan: Daniel Munoz/Reuters)

SINGAPURA: Portal SalamSG Korban sudah mula menerima tempahan bagi ibadah korban pada tahun ini.

Pendaftaran bagi tempahan sudah bermula pada Ahad (24 Mac) dan ia juga kali pertama pendaftaran dibuka dalam bulan Ramadan.

Menurut Jawatankuasa SalamSG Korban (SSGK), pendaftaran biasanya dibuka dalam minggu kedua bulan Syawal.

Khidmat ibadah korban pada tahun ini akan ditawarkan di 52 masjid di Singapura.

Pada kali ini, kambing biri-biri, kambing dan lembu ditawarkan.

Harganya adalah S$360 untuk seekor kambing biri-biri, S$375 untuk seekor kambing dan S$375 bagi sepertujuh bahagian lembu Australia.

Pada tahun lalu, hanya kambing biri-biri ditawarkan pada harga antara S$360 hingga S$380 seekor.

SalamSG Korban akan sekali lagi bekerja rapat dengan masjid-masjid tempatan untuk menguruskan penyembelihan kambing dan lembu korban di Australia.

Daging korban yang sudah dibekukan di Australia akan dibawa kemudian ke Singapura untuk diagihkan kepada sohibul korban.

SalamSG Korban dan masjid-masjid juga telah melantik rakan kerja bertauliah untuk memastikan ibadah korban mematuhi aturan agama dan keperluan peraturan yang ditetapkan oleh agensi berkaitan.

Orang ramai boleh membuat tempahan secara langsung di mana-mana masjid yang mengambil bahagian atau membuat pendaftaran dan bayaran secara online menerusi laman korban.ourmasjid.sg/ sebelum Sabtu (8 Jun 2024) atau selagi stok masih ada.
Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita