Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Salah pengurusan Kuil Sri Veeramakaliamman: Pengunjung & penganut kecewa, rasa tertipu

Berita tentang "salah pengurusan yang sangat teruk" di Kuil Sri Veeramakaliamman, mengejutkan para penganut dan juga masyarakat India di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Salah pengurusan Kuil Sri Veeramakaliamman: Pengunjung & penganut kecewa, rasa tertipu

Kuil Sri Veeramakaliamman. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 30 Apr 2018 09:51PM Dikemas Kini : 30 Apr 2018 09:54PM

SINGAPURA: Berita tentang "salah pengurusan yang sangat teruk" di Kuil Sri Veeramakaliamman, mengejutkan para penganut dan juga masyarakat India di Singapura.

Semasa ditemui Mediacorp, Encik Sivaprabu, yang mengunjungi kuil tersebut sekali setiap dua bulan, mengatakan beberapa tahun lalu, kuil itu mengumpulkan dana untuk kerja-kerja baik pulih dengan menjual batu-bata kepada para penganut.

"Saya juga membeli batu-bata," kata beliau. "Kami mahu kuil dibangunkan dan kami menyumbang dengan apa juga cara yang boleh."

"Jadi saya benar-benar kecewa terhadap apa yang berlaku," tambah beliau. "Kami datang ke sini untuk beribadat untuk menenangkan fikiran. Saya rasa setiap penganut turut berasa sedih."

Seorang lagi pengunjung, Cik Raji, berkata beliau rasa "tertipu" apabila mendapat tahu tentang berita tersebut. Beliau mengunjungi kuil itu sekali sebulan.

"Apa pun yang didermakan atau dibayar adalah untuk tujuan baik dan bukan untuk kegunaan peribadi," kata beliau. "Saya biasanya memasukkan wang ke dalam kotak derma dan saya menyangka duit itu akan digunakan bagi tujuan amal."

Sumbangan wang daripada para penganut lazimnya dilakukan semasa upacara ibadat.

Meskipun kepercayaan mereka terhadap pengurusan kuil itu terjejas, kebanyakan daripada mereka masih lagi bersedia memberikan derma kepada kuil tersebut.

"Memandangkan kegiatan pihak pengurusan sudah terbongkar, mereka tidak akan melakukan perkara itu lagi," ujar Cik Raji.

Yang pasti, para penganut bersetuju bahawa pihak pengurusan kuil perlu lebih telus.

Dengan bantuan dari Lembaga Endowmen Hindu, Pesuruhjaya Pertubuhan-Pertubuhan Amal (COC) melantik lagi tiga anggota lembaga untuk "menetapkan tadbir urus dan kawalan yang betul dalam lembaga" di kuil tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, lembaga itu menyatakan: "HEB akan sebolehnya membantu baki anggota jawatankuasa pengurusan serta yang baru untuk menetapkan tadbir urus serta kawalan yang betul di Kuil Sri Veeramakaliamman."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan