'Salah laku' peguam jejas usaha pemandu teksi dapatkan keadilan berkait nahas pada 2008
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: CNA/Try Sutrisno Foo)
SINGAPURA: Seorang pemandu teksi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori pada 2008 cuba menyaman pemandu lori tersebut atas kecederaan parah yang dialaminya.
Namun dia gagal kerana peguamnya tidak memenuhi tarikh akhir.
Dia kemudian mendapatkan khidmat satu lagi syarikat guaman lain untuk menyaman peguam pertama atas kecuaiannya.
Tetapi peguam-peguam baru itu tidak menghadirkan diri bagi beberapa persidangan praperbicaraan atau menghadirkan diri tanpa sijil peguam yang sah.
Oleh itu, saman keduanya terhadap kecuaian bekas peguamnya dibatalkan.
Pemandu teksi itu merayu di Mahkamah Tinggi supaya pembatalan itu diundurkan.
Hakim Tan Siong Thye membenarkan rayuan itu, menurut keputusan yang dikeluarkan pada Isnin (6 Mac).
KEMALANGAN YANG BERLAKU
Plaintif tersebut, Encik Cheng Hoe Soon sedang memandu Teksi Premier di Beach Road menuju ke Rochor Road pada Januari 2008.
Dia mengalami kemalangan dengan sebuah lori dan cedera teruk. Dia mendakwa pemandu lori berkenaan, Encik Chua Yeo Meng, menyebabkan nahas tersebut.
Encik Cheng akhirnya mendapatkan khidmat Encik Ezekiel Peter Latimer, yang dikehendaki menetapkan kes itu supaya dibicarakan sebelum hujung Mac 2015.
Sekiranya Encik Latimer gagal melakukannya, tuntutan Encik Cheng akan dibatalkan.
Encik Latimer gagal menetapkan kes itu supaya dibicarakan dan tuntutan Encik Cheng dibatalkan.
PEMANDU TEKSI DAPATKAN KHIDMAT PEGUAM BARU SAMAN BEKAS PEGUAM
Encik Cheng kemudiannya mendapatkan khidmat dua peguam dari S K Kumar Law Practice (SKK) untuk menyaman Encik Latimer.
Dia mendakwa Encik Latimer berkelakuan cuai ketika mengendali kesnya.
Ini akhirnya menyebabkan tuntutan Encik Cheng dibatalkan.
Sekalipun demikian, ketika proses saman itu berlaku antara April 2022 dengan Ogos 2022, peguam dari SKK gagal menghadirkan diri beberapa kali semasa persidangan praperbicaraan Encik Cheng.
Dalam beberapa sesi persidangan praperbicaraan, peguam Charles Yeo, hadir bagi pihak Encik Cheng namun tidak mempunyai sijil peguam yang sah ketika itu.
KETIDAKHADIRAN PEGUAM TIDAK BOLEH DITERIMA: HAKIM
Hakim Tan membenarkan rayuan Encik Cheng. Beliau berkata kelakuan peguam-peguam dari SKK "secara jelas menghina dan tidak memuaskan".
Ketidakhadiran mereka semasa persidangan praperbicaraan buat beberapa kali jelas "tidak boleh diterima".
Beliau berkata pembatalan terhadap tuntutan Encik Cheng disebabkan ketidakhadiran peguam SKK adalah "kesan tidak seimbang dalam kes ini".
Tambahnya, tiada sebarang petanda yang menunjukkan bahawa kelakuan peguam tersebut disebabkan oleh Encik Cheng atau dikaitkan dengannya.
Hakim Tan berkata beliau akan mendengar pihak terbabit mengenai jumlah yang harus dibayar bekas peguam Encik Cheng serta peguamnya yang sekarang bagi rayuan tersebut.
Ia termasuk ketidakhadiran mereka di persidangan praperbicaraan sebelum ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.