Skip to main content

Singapura

Saktiandi turun padang bersama anggota akar umbi, relawan galak pengguna PMD tunggang dengan selamat

 Kawasan undi Toa Payoh East - Novena (TEN) adalah antara kawasan undi yang pertama di Singapura untuk menggalak penggunaan skuter elektrik (e-skuter) dan alat mobiliti peribadi (PMD) secara bertanggungjawab.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Kawasan undi Toa Payoh East - Novena (TEN) adalah antara kawasan undi yang pertama di Singapura untuk menggalak penggunaan skuter elektrik (e-skuter) dan alat mobiliti peribadi (PMD) secara bertanggungjawab.

Ini dilakukan melalui kerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sejak April 2016.

Related article image

Dengan PMD semakin mendapat perhatian - sama ada kebakaran atau kecederaan yang disebabkan oleh peranti itu - pelbagai langkah kini diambil untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap peranti itu.

Pagi tadi (6 Okt), Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh Saktiandi Supaat turun padang bersama para anggota akar umbi dan relawan untuk memperhebatkan usaha tersebut.

Program Menunggang Dengan Selamat yang diadakan pagi tadi bertujuan untuk memupuk sikap bertimbang rasa dalam kalangan pengguna laluan awam termasuk para pejalan kaki, pengayuh basikal dan pengguna PMD.

Ia juga bermatlamat untuk membina sebuah masyarakat yang penyayang dan inklusif di estet tersebut.

Program anjuran C2E Toa Payoh East - Novena dan Zon 1 Jawatankuasa Penduduk (RC) Toa Payoh East itu bukan sahaja diharapkan dapat memupuk sebuah masyarakat yang prihatin dan inklusif tetapi juga meningkatkan kesedaran mengenai cara menunggang alat PMD dengan selamat.

Related article image

Encik Saktiandi dan para anggota akar umbi turut meluangkan masa di Community Plaza di Blok 1 Lorong 7 Toa Payoh pagi tadi untuk mengagihkan risalah berkenaan penggunaan PMD kepada para penduduk.

Selain itu, para relawan juga menjalankan rondaan setiap bulan untuk memastikan agar para pengayuh basikal dan pengguna PMD mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa semasa mengayuh atau menunggang PMD di laluan-laluan awam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita