Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saktiandi: Lebih banyak kemudahan jagaan kanak-kanak untuk penduduk GRC Bishan-Toa Payoh

SINGAPURA: Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi kawasan undi Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat menyatakan para penduduk baru khususnya keluarga muda boleh menjangkakan beberapa kemudahan penjagaan kanak-kanak.

Anggaran Waktu Membaca:
Saktiandi: Lebih banyak kemudahan jagaan kanak-kanak untuk penduduk GRC Bishan-Toa Payoh

(Gambar: Facebook/Saktiandi Supaat)

SINGAPURA: Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi kawasan undi Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat menyatakan para penduduk baru khususnya keluarga muda boleh menjangkakan beberapa kemudahan penjagaan kanak-kanak.

Beliau membayangkan demikian semasa sesi rapat online bersama pasukan PAP GRC Bishan-Toa Payoh yang diketuai Dr Ng Eng Hen dan dianggotai Encik Chee Hong Tat dan Encik Chong Kee Hiong pada Isnin (6 Jul).

"Ada kemungkinan jumlah kemudahan penjagaan kanak-kanak akan dipertingkat. Kemudahan-kemudahan jagaan kanak-kanak akan bertambah di pembangunan-pembangunan baru dan kami tidak sabar menunggu lebih banyak tempat bagi penjagaan kanak-kanak untuk ibu bapa dan anak-anak mereka. Itulah perkembangan menarik atau berguna," kata Encik Saktiandi.

MANFAATKAN PROGRAM PEMERINTAH UNTUK MELUASKAN PELUANG PEKERJAAN

Semasa sesi yang berlangsung lebih sejam itu, Encik Saktiandi turut menekankan tentang program-program latihan sedia ada yang boleh dimanfaatkan masyarakat, khususnya masyarakat Melayu/Islam.

Bagi lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti yang susah mendapatkan pekerjaan, beliau menyarankan supaya mereka memohon untuk menyertai program di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SG United.

"Itu saya rasa amat baik sekali memberi peluang pekerjaan lebih banyak lagi untuk pekerja-pekerja di Singapura. Terutama sekali buat warga Melayu/Islam di Toa Payoh dan di Bishan," kata Encik Saktiandi.

Beliau yang sudah berkhidmat di GRC Bishan-Toa Payoh sejak 2015 turut menyeru golongan muda supaya tampil ke hadapan membantu penduduk pelbagai usia di kawasan tersebut.

"Perubahan yang anda boleh lakukan bermula dari rumah, dari kejiranan anda, dari masyarakat anda. Tidak kira sama ada membantu golongan kurang bernasib baik, atau meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu kemasyarakatan yang lebih luas, sosial dan persekitaran atau setakat membina masyarakat berdasarkan minat anda," ujar Encik Saktiandi.

Pasukan Encik Saktiandi berhadapan dengan pasukan Parti Rakyat Singapura (SPP) buat tiga penggal berturut-turut untuk memenangi undi di GRC Bishan-Toa Payoh.

Sumber : BERITA Mediacorp/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan