Skip to main content

Singapura

Saksikan perlawanan Piala Dunia 2022 secara percuma di 65 lokasi merata SG

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penyokong bola sepak tempatan boleh menonton perlawanan Piala Dunia terpilih, yang akan disiarkan secara langsung secara percuma, di 65 lokasi mulai 21 November ini.

Ia termasuk Kelab Masyarakat, Pusat Sukan ActiveSG, Bangunan Perpustakaan Nasional dan Hab Sukan Singapura.

Perlawanan pembukaan antara tuan rumah Qatar dengan Ecuador akan disiarkan di 24 Kelab Masyarakat dan lima Pusat Sukan ActiveSG.

Para penyokong boleh mendapatkan senarai penuh tayangan perlawanan bola speak itu menerusi lelaman web Persatuan Rakyat (PA) dan Sport Singapore.

Sembilan perlawanan, termasuk perlawanan pembukaan, dua perlawanan peringkat separuh akhir dan peringkat akhir juga akan ditayangkan secara percuma di Saluran 5 Mediacorp dan meWATCH.

Para penyokong bola sepak boleh melanggani kesemua 64 perlawanan Piala Dunia secara langsung menerusi meWATCH.

Anda boleh melungsuri laman meWATCH untuk mendapatkan butiran lanjut.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita