Saksikan 'Northern Lights' percuma di Taman di Persisiran
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Gardens By The Bay)
SINGAPURA: Untuk melakukan perjalanan ke Norway atau Iceland hanya untuk menyaksikan 'Northern Lights' atau Aurora Borealis mungkin agak sukar bagi sebahagian daripada kita.
Namun, penduduk Singapura bernasib baik, kerana fenomena itu boleh disaksikan di negara ini.
Pemasangan seni terbaharu di Taman di Persisiran, yang dipanggil Borealis, menggunakan teknik pencahayaan yang mewujudkan suasana serupa dengan 'Northern Lights'.
Ini dilakukan dengan menggabungkan "lapisan cahaya dan zarah awan" dan "mewarnai langit malam di Supertree Grove".
Pemasangan cetusan ilham artis berpangkalan di Switzerland, Dan Acher, itu sudah membuat perhentian di beberapa bandar seluruh dunia, termasuk Seoul dan Birmingham.
Di setiap perhentian, Borealis berjaya menarik perhatian ramai orang yang memuji keindahannya.
Salah seorang daripada mereka menyifatkannya sebagai "hebat dan tidak akan dapat dilupakan".
Menurut laman Encik Archer, "Borealis adalah karya seni dan persembahan teknologi. Pancaran cahaya bergerak melalui zarah awan untuk mencipta ilusi dan meskipun kami dapat memanfaatkan teknologi, hasilnya luar daripada kawalan kami."
Tiada bayaran dikenakan untuk para pengunjung menyaksikan Borealis. Pertunjukan awal akan diadakan pada Sabtu (4 Mei) dari pukul 7.30 malam hingga 8.15 malam.
Selepas itu, pertunjukan tersebut akan dibuka kepada orang ramai mulai Ahad (5 Mei).
Borealis hanya beroperasi pada Sabtu, Ahad dan Isnin.
Lebih banyak maklumat boleh ditemui di laman Taman di Persisiran.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.