Saksi pembela 'terkejut' apabila surat menamakan dirinya sebagai isteri batin ketiga Razif Radi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kelas-kelas agama yang didakwa dikendalikan oleh Razif Radi tidak pernah diadakan, demikian keterangan saksi pembela, Shafarina Sujak, di Mahkamah Negara pada Jumaat (8 Nov), hari ke-11 perbicaraan kes terhadap Mohd Razif Radi.
Razif didakwa menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan syariah Islam sejak 2004.
Cik Shafarina, 53 tahun, seorang pendidik berpengalaman di maktab rendah Singapura, turut dinamakan dalam dokumen Mahkamah sebagai salah seorang 'isteri batin' Razif.
"Sebagai seorang pendidik, saya percaya dalam mempertahankan keadilan sosial. Defendan mungkin bukan seorang intelek. Dia mungkin mempunyai masalah. Jadi saya berharap dapat menjadi suara kepada golongan terpinggir dalam masyarakat," kata Cik Sharafina.
BANTU RAZIF DALAM KEGIATAN DI GREEN MEDIA
Cik Shafarina memberitahu mahkamah bahawa beliau diperkenalkan kepada Razif pada tahun 2004 oleh seorang kenalan untuk menjalin kerjasama perniagaan.
Beliau turut menjelaskan kepada peguam bela, Encik Simon Tan, bahawa beliau pernah menghadiri beberapa sesi 'rangkaian sosial' dan perniagaan.
Cik Shafarina juga diperkenalkan kepada syarikat Green Media milik Razif.
Beliau memberitahu Hakim Daerah, Shaiffudin Saruwan, bahawa beliau pernah terlibat dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat tersebut, termasuk pada tahun 2009.
Menurutnya, beliau pernah membantu dalam pengurusan penonton.
Apabila ditanya Encik Tan mengenai penglibatannya, Cik Shafarina menjelaskan, "Saya tidak menerima sebarang manfaat kewangan. Saya hanya ingin melihat golongan wanita berjaya."
Namun, beliau menegaskan kepada Encik Tan bahawa beliau tidak terlibat dalam pengurusan Green Media atau dalam urusan perniagaan syarikat tersebut.
Cik Shafarina berkata beliau hanya menghadiri mesyuarat Green Media di pejabat syarikat itu di Kandahar Street apabila diperlukan, terutamanya semasa penganjuran konsert.
Selepas penutupan syarikat Green Media, beliau turut membantu dalam operasi satu kafe makanan dan minuman, yang ditubuhkan pada 2017.
Menurutnya, Razif merupakan pelabur dalam cafe itu, yang kini tidak lagi beroperasi.
NAFIKAN RAZIF ADAKAN KELAS-KELAS AGAMA
Cik Shafarina turut ditanya mengenai dakwaan kelas-kelas agama yang kononnya dikendalikan oleh Razif di luar premis Green Media, namun beliau menafikan kewujudan kelas-kelas tersebut.
"Tiada kemungkinan kelas-kelas seperti itu wujud. Razif sibuk mengejar kontrak dan melayan artis-artis," jelas Cik Shafarina.
Beliau juga menambah bahawa Razif "tidak mempunyai keupayaan untuk mengendalikan kelas-kelas tersebut."
Encik Tan kemudian menambah bahawa Razif didakwa mengajar ajaran sesat di kelas-kelas itu, termasuk mengenai perjudian, nikah batin, dan roh 'Mbah'.
"Tidak ada kelas sebegitu. Kalau ada pun, sayalah orang pertama yang akan keluar daripada kelas itu. Saya menghadiri kelas-kelas agama. Saya pun mencari orang yang ada kelayakan," kata beliau.
Cik Shafarina memberitahu mahkamah bahawa beliau pernah menghadiri beberapa kelas agama di masjid-masjid dan juga menjadi ahli jawatankuasa di PERDAUS.
Malah beliau pernah menjadi pelajar terbaik dalam kursus Da'i dan turut menghadiri kelas-kelas Tauhid di Masjid Al-Makmur.
Menjawab keterangan beberapa saksi pendakwa yang mendakwa Razif mengendalikan kelas-kelas agama di sebuah rumah di Teck Whye, Cik Shafarina menafikan dakwaan tersebut.
"Apabila saya ke sana, ia adalah untuk sesi membina rangkaian," jelasnya.
TERKEJUT DINAMAKAN SEBAGAI ISTERI BATIN KETIGA RAZIF
Berhubung sepucuk surat yang menamakannya sebagai isteri ketiga Razif, Cik Shafarina menyatakan bahawa beliau terkejut apabila melihatnya dan menafikan dakwaan tersebut.
Surat itu juga menyebut penulisnya sebagai isteri keempat Razif.
Surat tersebut mengandungi ayat seperti "Abang, terimalah Sharafina kembali sebagai isteri ketiga Abang."
Cik Shafarina menegaskan bahawa dakwaan itu tidak benar dan tidak logik, malah menyifatkannya sebagai "penghinaan."
"Saya tidak akan menjadi isteri kedua, ketiga, keempat, kelima sesiapa," tegasnya.
PEMERIKSAAN BALAS BERSAMA DPP HIDAYAT AMIR
Semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Hidayat Amir, Cik Shafarina pada mulanya menyatakan bahawa surat yang menamakannya sebagai isteri ketiga Razif tidak sepatutnya diedarkan kepada umum.
Beliau turut mengakui bahawa pernah berlaku konfrontasi antara dirinya dan individu-individu yang dinamakan sebagai isteri batin Razif dengan penulis surat itu.
Cik Shafarina menambah bahawa penulis surat tersebut mengakui bahawa ia adalah rekaan tulisannya sendiri.
DPP Hidayat kemudian bertanya, "Jadi, awak percaya kata-katanya?"
Cik Shafarina bersetuju dengan soalan Encik Hidayat.
Pemeriksaan balas tersebut turut menyaksikan beberapa percanggahan dalam kenyataan Cik Shafarina.
Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa beberapa saksi pendakwa yang mendakwa melihatnya menghadiri kelas-kelas agama yang dikendalikan oleh Razif telah berbohong semasa memberi keterangan.
Menurutnya, saksi-saksi itu sebenarnya berhasrat untuk "bersama-sama menjadi penyelamat masyarakat."
Perbicaraan akan diteruskan pada Isnin depan (11 Nov) dengan Cik Shafarina sekali lagi tampil di mahkamah untuk sesi pemeriksaan balas.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.