Saksi dakwa disuruh ibunya berubat dengan Razif Radi, lakukan upacara mandi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lagi dua orang saksi tampil memberikan keterangan di mahkamah hari ini (10 Okt) bagi kes perbicaraan Mohd Razif Radi, 67 tahun yang menghadapi tuduhan menyebar ajaran yang bertentangan dengan syariah Islam.
Yang pertama iaitu saksi ke-11 dalam keseluruhan perbicaraan adalah seorang wanita berusia 27 tahun.
Dia merupakan anak sulung daripada dua anak perempuan kepada saksi ke-10 bagi pendakwa raya, yang memberi keterangannya di mahkamah semalam.

Saksi ke-10 dan ibu saksi ke-11 sudah bercerai sejak 2017.
Dia memberitahu Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan bahawa dia mengenali Mohd Razif sejak di darjah satu sehingga usianya 20 tahun.
Tertuduh dikenalinya sebagai rakan keluarga dan saksi ke-11 itu beberapa kali menemui Mohd Razif apabila menemani ibunya untuk belajar agama daripada yang tertuduh.
BERJUDI BOLEH, BERNIKAH TANPA SAKSI PUN BOLEH?
Menurutnya, antara yang diajar Encik Razif ialah “boleh bernikah tanpa saksi insani dan hanya berpandukan Allah sebagai saksi.”
Satu lagi ajaran yang membuatnya berasa tidak selesa adalah "berjudi untuk tujuan yang betul seperti demi menyebarkan agama, adalah dibenarkan".
Saksi juga mengaku melihat ibunya beratur untuk membeli Toto dan menang sedikit wang.
SESI 'BERUBAT' DENGAN TERTUDUH
Saksi ke-11 juga menceritakan bahawa dia pernah didiagnos menghidapi autisme ringan, termasuk sindrom Asperger sewaktu berusia 18 tahun.
Sebelum itu, dia mengalami beberapa simptom dan ibunya membawanya untuk berubat dengan Encik Razif menerusi dua upacara.
Yang pertama berlaku di Mount Faber di mana tertuduh mendakapnya dengan erat di bawah sinaran mentari.
Dia diberitahu tertuduh bahawa dakapan erat itu membolehkan pertukaran tenaga buruk dan baik.
Dalam upacara kedua, yang tertuduh menjalankan upacara mandi antara tahun 2013 dan 2014, untuk bantu saksi mengatasi masalah kegelisahan daripada autisme ringan yang dihidapi.
Ia dilakukan di tandas bilik tidur utama rumahnya dan diminta untuk memakai kain batik sarung (berkemban) untuk dimandikan oleh tertuduh.
Menurut saksi itu, dia pernah memberitahu ibunya beliau enggan dimandikan oleh yang tertuduh.
Ini membuat ibunya yang berulang kali menegah, akhirnya menjerit.
Bagaimanapun, saksi terus mandi sendiri dan keluar tandas dalam keadaan basah.
Dia kemudian disuruh ibunya untuk berlutut di hadapan pintu tandas.
Razif Radi kemudian turut berlutut di kanannya untuk membaca sesuatu lalu ditiupkan ke telinganya.
Aksi itu diulangi di telinga kiri saksi dan kemudian dilakukan yang sama ke atas kepala saksi, dengan “bibir tertuduh menyentuh kepala Saksi”.
Setelah Encik Razif meninggalkan rumah mereka, ibu saksi bertanya keadaannya.
Dia hanya menjawab dia baik-baik sahaja kerana takut ibunya marah.
Ibunya juga menegahnya daripada memberitahu bapanya tentang ritual mandi tersebut.
Saksi mengaku takut mengambil tindakan susulan kerana takut akan tindak balas ibunya.
Namun, dia akhirnya membuat laporan polis tentang ritual mandi tersebut pada 10 Disember 2020.
Apabila ditanya timbalan pendakwa raya tentang mengapa mengambil masa enam hingga tujuh tahun sebelum membuat laporan, dia berkata dia hanya berasa selamat kerana sudah terpisah dari ibunya setelah bercerai dengan bapanya.
Saksi berkata bapanya menunggu di luar sementara beliau membuat laporan polis sendirian di Cantonment.
Tatkala ditanya perasaannya setelah ritual mandi itu dijalankan, saksi berkata beliau "merasa tidak selamat dan tidak dihormati, mungkin juga dicemar atau dicabuli oleh Razif dan juga ibunya."
Dia juga memberitahu mahkamah bahawa tertuduh pernah menyentuh kaki dan mencium tangannya sewaktu mereka berada di dalam kereta ibunya pada tahun 2015.
Insiden itu turut mendorongnya untuk membuat laporan polis pada 21 Disember 2015.
BAHAN BUKTI PEMACU CAKERA MENGANDUNGI TIGA "FOLDER" TERSEMBUNYI
Perbicaraan disambung pada sebelah petang dengan keterangan daripada pegawai penyiasat (IO).
Sesi ini mengemukakan bukti dalam bentuk pemacu cakera keras yang diserahkan kepada IO oleh Saksi ke-10 (yang merupakan bapa kepada Saksi ke-11).
Ia berisi beberapa "folder" yang kemudian disalin oleh IO untuk tujuan siasatan.
Bagaimanapun IO kemudian mendapati ada "folder" tersembunyi di dalam pemacu cakera asal, yang tidak terlihat dalam salinannya, yang ada kaitan dengan kes ini.
Razif Radi, rakyat Singapura berumur 67 tahun diwakili peguam Simon Tan.
Perwakilan pendakwa pula terdiri oleh Timbalan Pendakwa raya Awam (DPP) Jini Pillai dan disertai DPP Hidayat Amir.
Perbicaraan kes ini akan disambung selama dua hari lagi mulai 4 November.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.