Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sajian 'Nasi Singapura' guna sos tomato dan mayones, undang kemarahan warga siber

Anggaran Waktu Membaca:
Sajian 'Nasi Singapura' guna sos tomato dan mayones, undang kemarahan warga siber

(Gambar: best-mango-YT/Reddit)

Diterbitkan : 02 Aug 2022 11:44PM Dikemas Kini : 02 Aug 2022 11:44PM

SINGAPURA: Kurang seminggu lagi Singapura menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 dan satu catatan online berhubung sajian kegemaran ramai penduduk di sini mengundang kemarahan warga net. Gambar hidangan dipanggil 'Nasi Singapura', dimuat naik pada Ahad (31 Julai) menunjukkannya dimasak menggunakan sos tomato, mayones, nasi, mi dan pelbagai lagi bahan-bahan yang mengelirukan. 

Seorang pengguna di Reddit bernama "u/best-mango-YT", yang nampaknya bukan warga Singapura mahupun menetap di sini, memulakan pos bertajuk "Homemade Singaporean Rice!" tentang hidangan, yang kelihatannya  berasal dari Pakistan.

Catatan tersebut yang  menunjukkan gambar dikatakan hidangan nasi masakan Singapura, mencetuskan pelbagai reaksi dengan ada yang terkejut dan marah, serta ada juga menganggap hidangan yang dihasilkan sebagai lucu.

Resipi yang diperolehi dari laman web mengandungi resipi Pakistan, "Food Fusion", adalah campuran sayur-sayuran goreng, mi telur dan nasi putih, dan dilengkapkan dengan ayam dimasak dalam sos tomato dan mayones.

Cara menghidangkannya pula bermula dengan lapisan paling bawah iaitu sayur yang digoreng dengan mi. Lapisan kedua ialah nasi putih dan kemudian disimbah dengan kuah ayam.

Resipi tersebut juga mencadangkan campuran "mayones, sos pedas, sos tomato serta bawang putih gorengdan cili hijau' di tuang diatasnya.

Hidangan itu jelas menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pengguna Singapura di Reddit.

Seorang netizen berkata: "Saya tidak pernah lihat sajian sedemkian rupa di Singapura mahupun dengar tentang hidangan yang sajikan kedua-dua nasi dan mi."

Ternyata, hidangan Pakistan itu sengaja diberi nama "mewah" dan "eksotik" untuk menarik minat orang ramai di majlis perkahwinan di Karachi, Pakistan, kata laman web Recipe52.com.

Nasi Singapura ialah makanan fusion Pakistan yang terkenal, tulis penulis blog makanan Mariam Sodawater. 

Hidangan itu diilhamkan daripada masakan Manchuria, Rusia dan Myanmar yang biasanya dihidangkan dengan sup jagung tomato, jelas beliau.

Mujur, misteri sajian nasi, mi, sos tomato dan mayones itu terungkai. 

Sumber : Today/SS/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa