Saintis S'pura temui 5 antibodi yang boleh lawan COVID-19
Satu rawatan antibodi COVID-19 yang berpotensi dihasilkan makmal kebangsaan DSO Singapura, mungkin akan dilanjutkan ke ujian ke atas manusia, dalam beberapa bulan lagi.
SINGAPURA: Satu rawatan antibodi COVID-19 yang berpotensi dihasilkan makmal kebangsaan DSO Singapura, mungkin akan dilanjutkan ke ujian ke atas manusia, dalam beberapa bulan lagi.
Ini selepas pertubuhan kajian dan pengembangan R&D pertahanan terbesar Singapura itu menemui lima antibodi yang mungkin menjadikan virus COVID-19 tidak lagi berkesan.
Ujian berdasarkan antibodi yang paling berpotensi dijangka dimulakan dulu, diikuti oleh empat antibodi yang lainnya.
Diambil daripada para pesakit COVID-19 yang telah pulih, antibodi tersebut berfungsi dengan membalut atau mengekang virus itu daripada memasuki sel-sel tubuh badan.
Pasukan kajian terbabit melibatkan para saintis dari Sekolah Perubatan dan Institut Sains Hayat Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS).
Mereka adalah yang terkini dalam persaingan sejagat bagi menghasilkan rawatan berkesan dan selamat COVID-19, sedang ekonomi-ekonomi sejagat bangkit daripada pandemik tersebut.
Pihak-pihak lain yang telah mengumumkan terapi yang memberangsangkan sejak dua bulan lalu termasuk terapi Tychan dan satu kerjasama antara A*STAR dengan Chugai Pharmabody Research.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.