Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saintis NTU kaji alternatif sihat, mampan bagi ganti minyak sawit

Alernatif yang lebih sihat dan mampan berbanding minyak sawit - itulah yang dijanjikan para saintis di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Anggaran Waktu Membaca:
Saintis NTU kaji alternatif sihat, mampan bagi ganti minyak sawit

Para saintis di NTU mengkaji kaedah mengeluarkan dan memproses minyak makan daripada bahan alga mikro dengan kecekapan lebih tinggi. (Petikan video: NTU)

SINGAPURA: Alernatif yang lebih sihat dan mampan berbanding minyak sawit - itulah yang dijanjikan para saintis di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Kaedahnya, mengeluarkan dan memproses minyak makan daripada bahan alga mikro dengan kecekapan lebih tinggi.

Minyak sawit kini digunakan untuk pelbagai produk daripada bahan makanan ke alat kosmetik.

Dengan kaedah terbaru hasil kajiannya, para saintis NTU berharap untuk mengurangkan kebergantungan terhadap produk tersebut. Ini bakal membantu usaha mengurangkan pengeluaran gas karbon serta sisa.

Lebih-lebih lagi memandangkan industri sawit adalah penyumbang besar kepada penebangan hutan.

Pihak NTU merancang untuk meningkatkan skala operasi menerusi kerjasama dengan rakan industri.

Harga pasaran untuk minyak alga mikro adalah empat kali ganda minyak sayuran yang lain.

NTU berharap untuk menurunkan kadar itu dengan meningkatkan mutu dan jumlah minyak yang dapat dihasilkan.

Satu lagi sudut yang dapat dijadikan lebih mampan adalah dari segi penggunaan bahan tenaga semasa penghasilan minyak alga.

Kaedah yang dipelopori NTU itu menarik minat banyak rakan kongsi di industri pemakanan.
 

Sumber : CNA/IQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan