Saintis NTU cipta lapisan plastik anti kabus yang boleh dibersihkan sendiri
SINGAPURA: Bayangkan lensa cermin mata, tingkap kereta dan panel suria yang tidak sering berkabus, malah boleh dibersihkan sendiri.
Saintis di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berjaya menghasilkan satu lapisan baru bagi permukaan plastik sedemikian.
Menurut NTU, lapisan yang lebih tahan lama itu, tidak perlu sering dibersihkan untuk menghilangkan kabus.
Malah, ia adalah satu ciptaan yang bakal mengubah aplikasi untuk pengguna dan sektor perusahaan yang bergantung kepada cecair penyembur anti kabus.
NTU menambah lapisan baru itu juga boleh dibersihkan sendiri dengan menghapuskan habuk dan bakteria apabila terdedah kepada sinaran matahari.
Universiti tersebut sudah pun memfailkan paten dan sedang meninjau potensinya secara komersil.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.