Skip to main content

Singapura

Saintis NTU cipta gam singkatkan masa pembedahan 25%

Sekumpulan saintis dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berjaya mencipta sejenis gam yang boleh mengurangkan masa pembedahan sebanyak 25 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Saintis NTU cipta gam singkatkan masa pembedahan 25%

(Gambar: NTU)

Diterbitkan : 20 Aug 2020 07:53PM Dikemas Kini : 20 Aug 2020 07:57PM

SINGAPURA: Sekumpulan saintis dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berjaya mencipta sejenis gam yang boleh mengurangkan masa pembedahan sebanyak 25 peratus.

Gam baru itu boleh mencantumkan saluran darah, menutup luka dengan lebih cepat dan juga mengurangkan kesakitan.

Sepasukan penyelidik NTU bekerjasama dengan kakitangan perubatan Hospital Besar Singapura (SGH) untuk mencipta teknologi baru ini bernama CaproGlu.

Ia merupakan formula cecair yang membeku dan bertukar menjadi bahan biodegradasi namun fleksibel apabila diaktifkan cahaya ultraungu.

Tidak seperti bahan perekat perubatan yang hanya boleh digunakan pada kulit, gam pembedahan itu tidak mengandungi toksin dan boleh mencantum tisu lembap.

Ubat penahan sakit juga boleh diberikan menerusi gam itu dan ini mungkin berguna semasa dan selepas pembedahan.

Selain memanfaatkan pesakit, para saintis berkata CaproGlu juga boleh digunakan oleh para pegawai bertindak kecemasan dan paramedik di tempat kejadian.

Sumber : Agensi berita/ZK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita