Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saintis NTU cipta cara baru jana kuasa angin

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Oct 2022 06:24PM Dikemas Kini : 06 Oct 2022 08:55PM
SINGAPURA: Sebuah pasukan saintis Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mencipta cara baru menjana kuasa angin.

Mesin itu boleh menjana elektrik daripada tiupan angin serendah 2 meter setiap saat. Ia berupaya menghidupkan peralatan kecil seperti lampu LED dan sensor untuk memantau bangunan.

Peralatan berkenaan cukup kecil untuk dipasang di kebanyakan prasarana bandar seperti bangunan dan jambatan. Ia juga boleh menyimpan elektrik dalam bateri bagi penggunaan kemudian.

Pasukan pengkaji itu mencipta peralatan tersebut sebagai alternatif murah kepada bateri litium-ion tradisional.

Ciptaan mereka didakwa boleh mengurangkan kos penyenggaraan dan alam sekitar bagi barangan elektronik kecil.

Walaupun peralatan baru itu menarik minat industri pembangunan bandar, pasukan tersebut menyatakan ciptaan mereka masih dalam peringkat prototaip, kata mereka pada Mediacorp hari ini (6 Okt).
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan