Skip to main content

Singapura

Saintis NTU berjaya hasil 'ginjal mini' di makmal untuk uji ubat

Pasukan penyelidik Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berjaya menghasilkan 'ginjal-ginjal mini' dengan menggunakan sel tunjang.

Anggaran Waktu Membaca:
Saintis NTU berjaya hasil 'ginjal mini' di makmal untuk uji ubat
Diterbitkan : 20 Aug 2019 08:07PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 08:11PM

SINGAPURA: Pasukan penyelidik Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berjaya menghasilkan 'ginjal-ginjal mini' dengan menggunakan sel tunjang.

Ginjal-ginjal kecil itu diharap dapat membantu mereka memahami lebih baik tentang penyakit ginjal untuk menghasilkan rawatannya.

Kajian NTU itu sedang cuba untuk lebih memahami sejenis penyakit ginjal bernama PKD yang menyebabkan tumbuhnya sista dan mengurangkan fungsi ginjal.

Keadaan itu pada akhirnya boleh menyebabkan pesakit mengalami kegagalan ginjal.

Penyakit ginjal PKD dipilih bagi kajian tersebut kerana ia adalah antara penyakit genetik paling biasa yang berlaku di seluruh dunia.

Buat masa ini, tiada ubat yang berkesan di sini dapat menghentikan sista yang ditemui daripada terus tumbuh.

Lantas, pasukan penyelidik di NTU berkata kajian yang dijalankan adalah satu konsep pembuktian untuk mengesahkan keberkesanan dan jika platform dibangunkan itu dapat digunakan.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita