Skip to main content

Singapura

Saifuddin, Pompeo jadi pengerusi bersama mesyuarat menteri-menteri ASEAN-AS

Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah dan Mike Pompeo, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) akan mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN-AS hari ini (3 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Saifuddin, Pompeo jadi pengerusi bersama mesyuarat menteri-menteri ASEAN-AS

Gambar fail bendera negara anggota ASEAN. (AFP/Romeo Gacad)

Diterbitkan : 03 Aug 2018 12:18PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 12:21PM

SINGAPURA:  Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah dan Mike Pompeo, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) akan mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN-AS hari ini (3 Ogos).

Malaysia adalah negara penyelaras untuk Hubungan Dialog ASEAN-AS bagi tempoh 2015 hingga 2018.

Encik Saifuddin mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-51/Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan sehingga Sabtu ini di Singapura.

Ini merupakan kali pertama beliau menyertai mesyuarat ASEAN selepas memegang portfolio menteri luar pada 2 Julai.

Pada Jumaat, Encik Saifuddin dan Menteri-Menteri Luar ASEAN akan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri dengan Rakan-Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, India serta Korea Selatan.

Selepas perhimpunan menteri-menteri luar ke-51 itu berakhir, Malaysia akan menjadi negara penyelaras untuk Hubungan Dialog ASEAN-Australia bagi tempoh 2018 hingga 2021.

Pada Khamis, Encik Saifuddin dan menteri-menteri luar ASEAN lain melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, sebelum menghadiri pembukaan rasmi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-51 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan.

Menteri-Menteri Luar ASEAN turut menyaksikan majlis menandatangani Surat Cara Penerimaan bagi Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) oleh Argentina dan Iran.

Mereka juga menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN-Jepun diikuti mesyuarat-mesyuarat dengan Rusia, China dan New Zealand.

Singapura adalah pengerusi ASEAN bagi 2018.

Sumber : Bernama/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita