Saham pemaju hartanah merosot susuli langkah kawal pasaran hartanah
Anggaran Waktu Membaca:

Flat-flat HDB dengan pemandangan latar langit Singapura. (Ga,bar: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Saham pemaju hartanah Singapura jatuh pada pagi Jumaat (30 Sep) selepas langkah baru untuk mengawal pasaran hartanah diumumkan pada lewat Khamis (29 Sep).
Langkah-langkah itu termasuk menaikkan kadar faedah jangka sederhana dari 3.5 peratus ke 4 peratus. Kadar yang dipanggil "ujian tekanan" itu digunakan bank untuk mengira jumlah yang layak dipinjam oleh peminjam untuk memenuhi had nisbah Pembayaran Hutang Keseluruhan (TDSR) sebanyak 55 peratus.
TDSR merujuk kepada sebahagian daripada pendapatan kasar bulanan peminjam yang digunakan untuk membayar balik hutang bulanan mereka.
Kadar faedah jangka sederhana yang baru itu bermakna pihak berkuasa sedang mengetatkan kriteria untuk menilai keupayaan peminjam membayar balik pinjaman.
Saham City Developments Limited (CDL) jatuh sebanyak 2.5 peratus pada pagi Jumaat (30 Sep).
Setakat waktu rehat dagangan tengah hari, Wing Tai Holdings susut 3.3 peratus, Frasers Property jatuh 2 peratus, OUE rugi 3 peratus, manakala Guocoland turun 1.8 peratus.
Agensi hartanah PropNex pula jatuh 2 peratus.
Kesan pada saham bank tempatan, yang sudah menyemak semula pakej pinjaman rumah mereka di tengah-tengah kenaikan kadar faedah, berbeza-beza. DBS dan OCBC masing-masing naik 0.24 peratus dan 0.09 peratus pada tengah hari Jumaat. Sementara itu, UOB jatuh 0.12 peratus.
Semasa mengumumkan langkah kawalan tersebut, pihak berkuasa menyatakan bahawa kadar faedah pasaran sudah meningkat dan berkemungkinan akan terus meningkat, dan ini akan menjejas kos pinjaman untuk membeli rumah.

LAPORAN BERKAITAN: S'pura perkenal langkah baru kawal pasaran hartanah; had pinjaman maksimum diperketatkan
Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.