Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAFRA lancar insiatif amal sempena ulang tahun ke-50

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Apr 2022 06:00PM Dikemas Kini : 09 Apr 2022 10:29PM

SINGAPURA: SAFRA memulakan sambutan jubli emas tahun ini dengan inisiatif menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dipanggil SAFRA Prihatin, inisiatif itu menampilkan acara amal sepanjang tahun melibatkan semua askar dan keluarga mereka untuk mengeratkan hubungan sambil membantu golongan yang memerlukan.

Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad melancarkan Cabaran Amal SAFRA 'Wheels and Feet' pada Sabtu (9 Apr). 

Acara itu diharap dapat mengumpul S$100,000 bagi Cabaran Presiden.

Ia merupakan yang pertama daripada enam acara amal yang diadakan sehingga Disember nanti.

Acara-acara lain termasuk pesta e-sukan serta pertandingan boling dan bayi merangkak.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan