Saffrons putuskan tidak perbaharui sewa di kedai kopi Tampines, rancang buka cawangan di beberapa kawasan S'pura
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Google Maps
BERITAmediacorp: Restoran India-Muslim Saffrons akan secara bertahap-tahap mencari tempat-tempat lain untuk membuka lebih banyak cawangan termasuk di bahagian utara dan barat Singapura.
Ini selepas sebuah kedai kopi di Blok 201D Tampines St 21 yang disewa oleh Saffrons bertukar pemilik. Laman berita bahasa Cina Mediacorp, 8world melaporkan pada 30 Jun bahawa sebuah syarikat dikenalpasti sebagai G&G telah mengambil alih kedai kopi seluas 358 meter persegi tersebut dengan harga S$16.8 juta. Premis yang menempatkan 11 gerai itu dikenda likan oleh Saffrons sejak 2014.
Berita itu mendapat liputan meluas kerana menurut laporan 8World, syarikat yang sama membeli sebuah lagi kedai kopi yang lebih besar di Blok 201 Tampines St 21 dengan harga lebih S$41.6 juta pada pertengahan bulan lalu.
Kedua-dua pembelian itu dijangka meningkatkan kos sewa kedai.
Bagaimanapun Pengarah Pemasaran Saffrons, Ridjal Noor memberitahu BERITAMediacorp keputusan untuk tidak memperbaharui sewa di Blok 201D dibuat atas dasar rancangan masa depan perniagaannya dan bukan isu sewa.
"Berita ini tidak mengejutkan kami kerana kami sudah berbincang dengan pemilik sebelum ini sejak awal tahun ini dan keputusan kami untuk tidak memperbaharui sewa kami bukan hanya kerana ia bertukar tangan atau sebarang kenaikan kos sewa tetapi atas keputusan pengurusan kami untuk meneroka haluan lain dalam pertumbuhan syarikat kami," kata Encik Ridjal Noor.
Saffrons menerusi laman Facebooknya juga menjelaskan bahawa keputusan itu adalah langkah strategik untuk melihat jenamanya berkembang ke tahap seterusnya pada tahun-tahun akan datang.
Dengan penutupan cawangannya di kedai kopi tersebut, Saffrons kini masih mempunyai sebuah lagi cawangan lebih kecil yang juga terletak di Blok 201D Tampines St 21. Operasi cawangan itu diteruskan seperti biasa dan kekal dibuka 24 jam sepanjang minggu.
“Kami masih kekalkan kedai kami yang lebih kecil di Tampines yang sudah wujud selama 27 tahun. Kami ada dua cawangan di Blok 201D. Kami hanya tutup cawangan di #01-1105 iaitu kedai kopi lebih besar. Cawangan di #01-1163 tidak terjejas,” jelas Encik Ridjal Noor kepada BERITAMediacorp.
Saffrons kini mempunyai rancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di pelbagai kawasan di Singapura bagi memenuhi permintaan pelanggannya.
“Kami sedang merancang cawangan-cawangan lebih kecil dan juga keseluruhan kedai kopi untuk kami kendalikan.
"Kami ada sebuah lagi kedai kopi di Opera Estate dan kami ada satu lagi yang akan dibuka pada Ogos di Toa Payoh yang hampir siap diubah elok. Kami juga sedang bertahap-tahap mencari lokasi-lokasi lain, harapnya di utara atau barat juga kerana inilah yang diminta pelanggan kami," tambah beliau.
Kesemua gerai yang dikendalikan oleh Saffrons di kedai kopi yang terjejas akan berpindah kecuali satu. Hanya gerai nasi ayam New Hawa Seafood dilaporkan oleh 8World akan kekal di kedai kopi yang bertukar pemilik itu.
“Kebanyakan kakitangan kami akan dikekalkan dan masih bekerja dengan kami. Mereka akan ditugaskan semula ke cawangan-cawangan kami yang lain atau dapur pusat kami,” ujar Encik Ridjal Noor.
Selain mengendalikan restoran keluarga, Saffrons juga menawarkan khidmat katering di Singapura.
Cawangan lebih besar Saffrons di Blok 201D Tampines St 21 dijangka akan menutup operasi pada 27 Julai sebelum ia diserahkan kembali pada 1 Ogos.

Sumber : BERITA Mediacorp/EM/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.