Skip to main content

Singapura

SAF, USMC selesai Latihan Valiant Mark di SG

Anggaran Waktu Membaca:
SAF, USMC selesai Latihan Valiant Mark di SG

(Gambar: MINDEF/Facebook)

Diterbitkan : 09 Dec 2022 07:12PM Dikemas Kini : 10 Dec 2022 10:35AM

SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Marin Amerika Syarikat (USMC) selesai menjalankan edisi ke-25 Latihan Valiant Mark dua hala tahunan pada Jumaat (9 Dis).

Sekitar 850 kakitangan mengambil bahagian dalam latihan 12 hari bermula 28 Nov itu, yang diadakan di Singapura.

Ia disertai Briged Infantri Singapura Ketujuh SAF, Batalion Ketiga Pengawal Singapura dan Pasukan Putaran Marin USMC Asia Tenggara, I MEF, melibatkan latihan menembak menggunakan peluru hidup serta latihan di hutan dan operasi perbandaran. 

Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) juga menyokong latihan itu dengan dua helikopter Apache AH-64D serta tiga helikopter Chinook CH-47.

Latihan tersebut berakhir dengan misi batalion bawaan helikopter. 

Kementerian Pertahanan (MINDEF) Singapura menyatakan latihan yang diperkenalkan pada tahun 1991 itu, menekankan hubungan pertahanan dua hala yang cemerlang dan terjalin sekian lama.

Ia juga mengukuhkan lagi kerjasama dan persahabatan yang erat antara kakitangan kedua-dua pihak.  

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita