Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAF "tunjang negara", kata Presiden Halimah Yacob

Presiden Halimah Yacob melakukan lawatan rasminya yang pertama ke sebuah unit Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jan 2018 08:06PM Dikemas Kini : 23 Jan 2018 10:28PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob melakukan lawatan rasminya yang pertama ke sebuah unit Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Beliau berkata SAF merupakan tunjang pertahanan negara ini.

Presiden Halimah melawat Pusat Latihan Asas Tentera di Pulau Tekong petang tadi (23 Jan).

Beliau memuji usaha SAF untuk meningkatkan keupayaan latihan menerusi penggunaan teknologi.

Menurut Presiden Halimah langkah itu penting sedang Singapura mengambil masuk rekrut generasi baru.

Lantaran itu perubahan perlu dibuat agar sejajar dengan perubahan dalam corak pembelajaran. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan