Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAF tunda latihan NS dalam kem, gantung IPPT

Dengan keadaan COVID-19 yang berubah-ubah di Singapura, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menangguhkan latihan dalam kem (ICT) kecuali jika ia penting bagi operasi, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Selasa (18 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
SAF tunda latihan NS dalam kem, gantung IPPT

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 18 May 2021 03:47PM Dikemas Kini : 18 May 2021 03:52PM

SINGAPURA: Dengan keadaan COVID-19 yang berubah-ubah di Singapura, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menangguhkan latihan dalam kem (ICT) kecuali jika ia penting bagi operasi, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Selasa (18 Mei).

Pusat latihan kecergasan (FCC) juga akan ditutup dengan serta merta, dan ujian kecekapan fizikal individu (IPPT) akan ditangguhkan.

Latihan peningkatan kecergasan perkhidmatan negara (FIT) di FCC, gim SAFRA dan lokasi-lokasi awam juga digantung, sementara acara-acara berskala besar akan dibatalkan, ditangguhkan atau dikurangkan.

Langkah-langkah ini akan berkuat kuasa sehingga 13 Jun.

Anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) dengan jendela IPPT yang tamat semasa tempoh penggantungan akan diberikan pengecualian sekali sahaja daripada kewajipan IPPT tahunan mereka, menurut MINDEF dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, kegiatan-kegiatan utama untuk unit-unit operasi akan diteruskan dengan langkah-langkah COVID-19 yang ketat.

"Seperti kakitangan penting lainnya, program vaksinasi untuk kakitangan menampakkan kemajuan yang stabil, dengan majoriti pasukan aktif dijangka akan divaksinasi menjelang pertengahan tahun ini.

"Sebagai langkah waspada tambahan, SAF juga telah memperkenalkan ujian swab untuk anggota perkhidmatan yang mendaftar pada Mei, serta jurulatih mereka, untuk memastikan bahawa Latihan Ketenteraan Asas (BMT) boleh dijalankan dengan selamat. Langkah-langkah ini akan diteruskan. "

Langkah-langkah pengurusan selamat untuk unit-unit SAF termasuk amalan kebersihan yang ditingkatkan, pembasmian kuman secara kerap di kawasan yang diguna sama dan waktu makan yang dijarakkan.

Anggota perkhidmatan juga dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil untuk semua kegiatan, dan anggota kerahan perlu menjalani ujian swab sebelum memulakan ICT peringkat unit.

"SAF akan terus memantau keadaan COVID-19 yang sedang berkembang dan mengkaji semula langkah-langkah yang dilaksanakan untuk memastikan keselamatan anggota perkhidmatan kami," kata MINDEF.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan