Skip to main content

Singapura

SAF tingkatkan semakan, audit fizikal bagi keselamatan operasi seharian

Anggaran Waktu Membaca:
SAF tingkatkan semakan, audit fizikal bagi keselamatan operasi seharian

Gambar: Kementerian Pertahanan/Facebook

SINGAPURA: Demi memastikan keselamatan operasi harian, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menjalankan sehingga 50 semakan dan audit fizikal setiap tahun.

Perkara tersebut didedahkan Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How.

Beliau menambah bahawa ia termasuk memastikan para komander memberi tumpuan kepada hasil keselamatan, dan menyiasat sebarang insiden yang hampir membawa kepada kemalangan.

Encik Heng memberitahu parlimen, tumpuan SAF sekarang adalah untuk mengurangkan insiden melibatkan kenderaan dan kecederaan akibat cuaca panas.

Sedang suhu semakin meningkat, SAF bekerjasama dengan institut-institut kajian untuk mempelajari daya tahan panas tentera.

Antara 2021 hingga 2023, jumlah kes cedera akibat cuaca panas merosot daripada tujuh kepada dua.

Tiada kes strok haba dilaporkan.

Dalam tempoh yang sama, kadar insiden melibatkan kenderaan SAF turut berkurangan.

Pada 2021, kadarnya adalah 3.04 bagi setiap 100,000 kilometer yang dipandu.

Angka tersebut bagaimanapun menurun kepada 2.54 pada tahun lalu.

SAF sedang memperkukuh rejim latihannya.

Pengendali kenderaan dilatih secara berperingkat-peringkat,
pertama, untuk layak memandu,
sebelum menimba pengalaman dan keyakinan untuk mengendalikan kenderaan yang lebih besar dan lebih rumit.

Terkini, teknologi seperti sistem pemantauan pemandu untuk mengesan keletihan pemandu,
serta sensor dan analitik video untuk mengesan tingkah laku memandu yang tidak selamat dan pelanggaran keselamatan, turut dikerahkan.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita