SAF, Tentera AS ganding bahu dalam Latihan Daring Warrior 2018
Para askar dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan tentera Amerika Syarikat mengadakan latihan bedilan meriam secara bersama di Fort Sill, Oklahoma.
AMERIKA SYARIKAT: Para askar dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan tentera Amerika Syarikat mengadakan latihan bedilan meriam secara bersama di Fort Sill, Oklahoma.
Latihan tentera itu berlangsung dari 8 Oktober sehingga 25 Oktober dan melibatkan sekitar 150 kakitangan SAF dan 70 anggota Tentera Amerika Syarikat.
Sejak dilancarkan pada 2010, Latihan Daring Warrior 2018 merupakan edisi ketujuh latihan bersama itu, yang mencerminkan hubungan erat dan muhibah antara angkatan bersenjata Singapura dengan Amerika Syarikat.
Menteri Negara Kanan Pertahanan Dr Mohamad Maliki Osman menyaksikan Latihan Daring Warrior pada pagi Khamis (25 Okt) dan turut berinteraksi dengan para askar dari Artileri Singapura (23 SA).
Menurut Dr Maliki, latihan sedemikian memberi banyak peluang yang tidak ternilai untuk SAF meningkatkan keupayaannya.
Beliau turut menambah: "Latihan ini mengeratkan kerjasama profesional dan hubungan antara Tentera Amerika Syarikat dengan SAF. Dengan menyertai latihan ini, ia mengukuhkan para anggota tentera kami untuk bertindak dengan cekap kerana mereka dapat berlatih dalam persekitaran yang mencabar. Kejayaan latihan ini juga mencerminkan kecekapan dan kebolehan anggota tentera SAF."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.