SAF susun semula unit perisikan, pertahanan siber; peroleh kapal baru bagi keselamatan maritim
Menteri Pertahan Ng Eng Hen berkata Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) harus dirombak semula bagi memenuhi cabaran-cabaran baru serta untuk kekal relevan, responsif dan berkesan bagi pertahanan negara.
Kapal-kapal belayar di pantai Singapura pada 9 Julai 2017. (Gambar: Jorge Silva/REUTERS)
SINGAPURA: Menteri Pertahan Ng Eng Hen berkata Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) harus dirombak semula bagi memenuhi cabaran-cabaran baru serta untuk kekal relevan, responsif dan berkesan bagi pertahanan negara.
Semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan MINDEF, Dr Ng menambah langkah itu bagi menyahut cabaran-cabaran keselamatan dalam sekitaran yang baru.
Menurut Dr Ng, Singapura, seperti dunia, kini di tahap perubahan di mana negara harus bersiap sedia.
"Singapura memantau perkembangan sekarang amat teliti, cuba mengekalkan ruang bagi negara ini, mengekalkan kedaulatan dan melindungi kepentingan sendiri. Kita tiada minat untuk menyokong mana-mana pihak atau terperangkap di tengah-tengah
"Jadi sejauh ini, mengekalkan kebebasan dan ruang untuk negara ini sendiri tetapi apabila persaingan bertambah di rantau ini, akan menjadi semakin susah untuk melakukannya," kata Dr Ng.
Meskipun ada pelbagai cabaran, Dr Ng menarik perhatian, Singapura berupaya menjalin hubungan pertahanan yang lebih kukuh dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat, China dan rakan-rakan utama lain.
Di tengah-tengah geopolitik yang berubah-ubah, SAF juga, kata Dr Ng, masih perlu bertindak terhadap ancaman-ancaman keselamatan yang jelas.
Untuk memerangi pengganasan, SAF akan bekerja rapat dengan negara-negara sealirannya dan merasmikan perkongsian perisikan menerusi daya usaha "Our Eyes" ASEAN.
SAF juga sedang merombak agensi perisikannya supaya misi utamanya sekarang adalah mengesan, memberi amaran dan bertindak terhadap komplot pengganasan.
Untuk menangani ancaman-ancaman siber, satu jawatankuasa peringkat tinggi sudahpun dibentuk.
Pusat Ketumbukan Siber SAF akan menawarkan penilaian ancaman dan amaran awal sebelum bertindak sewajarnya.
Dr Ng berkata usaha rombakan itu akan mengambil masa beberapa tahun.
Namun dalam banyak aspek, Dr Ng mengatakan dunia siber adalah lebih rumit untuk membuat perancangan dan perlaksanaan berbanding tentera udara, darat serta laut.
Untuk menangani ancaman marintim seperti rompakan dan penyusupan ke perairan Singapura, kapal-kapal khusus akan didapatkan.
Kapal-kapal yang bakal dikirimkan dalam beberapa tahun mendatang itu akan bekerjasama dengan kapal-kapal misi pesisir Tentera Laut Singapura.
Belanjawan MINDEF tahun ini dijangka bertambah 3.2 peratus sejajar dengan inflasi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.