Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAF, SPF tingkat kerjasama jelang sidang puncak ASEAN ke-33

Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sedang bekerjasama untuk meningkatkan keselamatan negara, terutama sekali semasa menjadi tuan rumah kepada acara-acara besar seperti sidang puncak ASEAN ke-33 yang bakal diadakan minggu hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Nov 2018 07:30PM Dikemas Kini : 08 Nov 2018 09:38PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sedang bekerjasama untuk meningkatkan keselamatan negara, terutama sekali semasa menjadi tuan rumah kepada acara-acara besar seperti sidang puncak ASEAN ke-33 yang bakal diadakan minggu hadapan.

Sejak permulaan tahun ini, tujuh sesi latihan bersama diadakan bagi anggota askar dan pegawai barisan pertama untuk menangani ancaman pengganasan.

Antara latihan yang dilalui adalah simulasi situasi tebusan yang perlu ditangani para pegawai polis barisan pertama.

Mereka perlu menentukan cara untuk mengawal keadaan melalui rundingan atau secara paksa.

Kini para askar juga mempelajari kemahiran ini supaya mereka boleh dikerahkan bagi menyokong pihak polis semasa keadaan keselamatan yang diperketatkan.

Sehingga hari ini, sekitar 22,000 askar sudah dilatih bagi operasi keselamatan dalam negeri sementara semua para pegawai polis barisan pertama pula akan dilatih.

Ini akan melengkapi negara dengan kemampuan untuk memastikan acara berprofil tinggi boleh berjalan dengan lancar. 

Sebagai sebahagian daripada latihan, situasi tebusan beginilah yang perlu ditangani para pegawai polis barisan pertama.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan