Skip to main content

Singapura

SAF selesai operasi kedua gugurkan bantuan dari udara untuk Gaza

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berjaya menghantar kiriman kesembilan bantuan kemanusiaan dari Singapura serta melengkapkan operasi kedua menggugurkan bantuan dari udara (airdrop) di Gaza, bersama tentera udara dari negara-negara lain, antara 12 hingga 25 Ogos 2025.

Anggaran Waktu Membaca:
SAF selesai operasi kedua gugurkan bantuan dari udara untuk Gaza

Bantuan kemanusiaan digugurkan dari pesawat pengangkut C-130 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF). (Gambar: MINDEF)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 25 Aug 2025 10:42PM
SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berjaya menghantar kiriman kesembilan bantuan kemanusiaan dari Singapura serta melengkapkan operasi kedua menggugurkan bantuan dari udara (airdrop) di Gaza, bersama tentera udara dari negara-negara lain, antara 12 hingga 25 Ogos 2025.

Misi itu dilaksanakan menggunakan pesawat pengangkut C-130 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang berlepas dari Jordan. Pesawat tersebut melengkapkan lima penerbangan bagi menyokong misi berkenaan dan disokong oleh Batalion Pengangkutan SAF Ketiga bersama rakan pertahanan lain.

Pusat Penyelarasan Bantuan Bencana dan Sokongan Kemanusiaan Serantau Changi (RHCC) mengumpul bantuan berkenaan yang termasuk bekalan perubatan daripada Kementerian Kesihatan. Bekalan makanan pula dikirimkan badan-badan bukan pemerintah (NGO) seperti Humanity Matters, Caritas Humanitarian Aid and Relief Initiatives Singapore (CHARIS), Mercy Relief dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).

Secara keseluruhan, RSAF menggugurkan sebanyak 14.9 tan muatan bantuan kemanusiaan di Gaza.

Mengulas kejayaan misi tersebut, Ketua Angkatan Udara, Mejar-Jeneral (MG) Kelvin Fan berkata: “Pencapaian ini adalah bukti kesiapsiagaan operasi dan keupayaan kami untuk melaksanakan operasi dalam masa yang singkat.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para anggota, rakan pertahanan serta keluarga anda atas komitmen, dedikasi dan sokongan anda untuk menjayakan misi ini. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan tulus saya kepada RHCC Changi dan NGO kita kerana tampil memberikan bantuan dan sokongan pada saat ia diperlukan.”
Sumber : BERITA Mediacorp/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita