Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAF sambung latihan NS ICT, IPPT secara bertahap mulai Okt dengan langkah keselamatan COVID-19

Latihan Perkhidmatan Negara dalam kem (ICT) dan Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT) akan disambung secara berperingkat mulai Oktober, umum Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Khamis (3 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
SAF sambung latihan NS ICT, IPPT secara bertahap mulai Okt dengan langkah keselamatan COVID-19

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 03 Sep 2020 06:56PM Dikemas Kini : 03 Sep 2020 07:03PM

SINGAPURA: Latihan Perkhidmatan Negara dalam kem (ICT) dan Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT) akan disambung secara berperingkat mulai Oktober, umum Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Khamis (3 Sep).

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF)akan melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat dan protokol kesihatan untuk mencegah, mengesan dan membendung penularan COVID-19, menurut MINDEF dalam catatan di Facebook.

Langkah-langkah itu termasuk ujian swab bagi Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) yang menjalani ICT di peringkat unit.

SAF juga akan secara bertahap-tahap membuka semula pusat-pusat latihan kecergasan (FCC) bagi IPPT mulai 1 Oktober.

"IPPT akan dijalankan pada kapasiti dan kumpulan lebih kecil, selaras dengan langkah pengurusan selamat bagi melindungi kesihatan dan kemaslahatan pengguna FCC," menurut MINDEF.

Kesemua anggota NSmen SAF yang tempoh IPPT mereka tamat pada atau sebelum 7 FEbruari 2021 akan diberikan pengecualian sekali sahaja, menurut kementerian itu, sambil menambah mereka yang terjejas akan dimaklumkan menerusi SMS dan surat pada September.

"SAF akan terus memantau keadaan COVID-19 di Singapura dan menyemak semula langkah-langkah yang diambil untuk melindungi anggota kita," menurut MINDEF.

"Kami ingin ucap terima kasih kepada anggota NSmen atas sumbangan berterusan serta komitmen mereka untuk memastikan keselamatan Singapura dalam masa-masa sukar ini."

Sebilangan kegiatan latihan sudah disambung semula setelah digantung awal tahun ini ekoran pandemik COVID-19, termasuk Latihan Asas Tentera (BMT) bagi pelatih baru dan latihan penting dalam kem bagi unit NS, dengan langkah-langkah jarak selamat dilaksanakan.

SAF juga secara berperingkat menyambung semula latihan luar negara.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan