Skip to main content

Singapura

SAF perlu tangkas & bersiap sedia tempuhi pelbagai cabaran keselamatan, kata Presiden Halimah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Dec 2022 09:23PM Dikemas Kini : 10 Dec 2022 11:17PM
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menyeru agar Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk terus kekal relevan, lincah dan bersiap sedia sepenuhnya.

Ini bagi menghadapi kedua-dua ancaman keselamatan yang berbentuk tradisional dan cabaran keselamatan yang berubah-ubah.

Ini sedang lanskap geopolitik dunia kini penuh dengan ketegangan.

Berucap demikian di majlis pentauliahan kumpulan terbaru para pegawai tentera pada Sabtu (10 Dis), Puan Halimah menggesa mereka supaya memastikan pasukan tentera yang bakal dipimpin kekal bersatu dan berdaya tahan dalam menghadapi perubahan sosial yang ekstrem atau usaha untuk memecah-belahkan negara.

Dalam kalangan lebih 400 pegawai pelatih menerima pentauliahan pada Sabtu adalah Iffa Daniesha, 24 tahun.

Beliau adalah wanita Melayu pertama untuk ditauliahkan menjadi Pegawai Angkatan Laut Singapura (RSN).

Iffa Daniesha adalah pegawai sepenuh masa bersama RSN.

Para pegawai lain termasuklah lulusan dari Angkatan Udara dan Laut.

Selepas menamatkan latihan selama 38 minggu, mereka diberi pedang kehormatan serta surat perlantikan, sebelum memulakan tugas masing-masing.
Sumber : CNA/IQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita