SAF perlu sentiasa sesuaikan diri, bersedia hadapi ancaman moden: Dr Vivian
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) perlu sentiasa berada di hadapan dan terus mempertingkatkan keupayaan, berkembang dan menyesuaikan diri bagi menghadapi ancaman masa depan.
Demikian ditekankan Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan dalam ucapannya di Perbarisan Tamat Latihan bagi para pegawai kadet di Institut Ketenteraan SAFTI pada Sabtu (13 Sep).
Beliau berkata kekuatan SAF bukan sahaja terletak pada kemampuan melawan cabaran hari ini tetapi juga pada keupayaan untuk kekal relevan dalam dunia ketenteraan yang semakin rumit.
Dr Vivian menambah bahawa perkembangan teknologi sudah mengubah landskap peperangan moden dengan menekankan kepentingan latihan-latihan baharu dan persiapan siber.
"Dalam latihan asas ketenteraan sekarang, semua rekrut kami perlu belajar menggunakan dron dan cara mempertahankan diri daripada dron. Dalam bidang digital, SAF menubuhkan Khidmat Digital dan Risikan (DIS) pada 2022.
"Memandangkan sifat peperangan moden yang berkembang, SAF harus terus bersaing dengan cabaran untuk kekal di hadapan," kata Dr Vivian.
Beliau mengingatkan para pegawai bahawa mereka tidak boleh mengambil ringan tentang kejayaan, keselamatan dan kestabilan Singapura dan mereka memikul tanggungjawab berat bukan sahaja untuk memimpin tetapi juga untuk melindungi mereka yang kurang bernasib baik.
Secara keseluruhan, 260 pegawai kadet berjaya menamatkan Kursus Pegawai Kadet (OCC) kali ini.
Ini setelah mengharungi latihan mencabar selama 38 minggu di Sekolah Pegawai Kadet (OCS).

DICABAR DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL
Antara yang berjaya melaluinya ialah Pegawai Kadet (OCT) Zulfikri Zul’Irfan, 21 tahun dari SAF.
Meskipun dicabar dari segi mental dan fizikal semasa latihan, beliau terus bersemangat dan berusaha untuk kekal tenang sepanjang latihan.
"Cabaran terbesar saya pastinya dari segi fizikal dan mental tetapi yang lebih penting, saya telah belajar bagaimana untuk kekal tenang dan membuat keputusan apabila menghadapi sesuatu tekanan.
"Saya juga telah mengambil pengajaran daripada kegagalan saya untuk terus berusaha untuk mencapai objektif saya. Oleh itu, sikap tidak berputus asa dan saling membantu satu sama lain amat penting juga," kata Zulfikri kepada Berita Mediacorp.
Beliau turut berkongsi bahawa keputusan untuk melakukan sebaik mampu di OCS adalah kerana pakciknya dan juga semangatnya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.
"Antara sumber inspirasi saya ialah pakcik saya, Mejar Muhammad Azlan, seorang bekas juruterbang di RSAF. Beliau sudah banyak menggalak saya untuk buat yang terbaik bagi kursus saya dan juga sudah tentu keluarga dan teman seperjuangan saya telah banyak tolong saya," kata Zulfikri.

Selain itu, beliau berkongsi bahawa sudah pelajari banyak daripada latihan OCS.
"Di OCS, saya belajar bahawa setiap orang mempunyai kekuatan masing-masing dan kita sepatutnya memahami satu sama lain untuk mencapai kejayaan atau matlamat kami.
"Saya juga belajar bagaimana untuk memberi motivasi kepada platun saya supaya mereka boleh capai potensi mereka," ujar Zulfikri.
Selepas tamat NS nanti, beliau berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah pula.
"Harapan saya adalah untuk terus meningkatkan diri sama ada ia untuk meneruskan perjuangan saya di dalam SAF atau untuk menyambung pengajaran dalam peringkat ijazah. Saya juga berharap untuk terus menyumbang kepada masyarakat pada masa depan,"
Secara keseluruhan, 193 pegawai kadet daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), dua daripada Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan 65 daripada Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) menerima pentauliahan mereka di majlis tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.