SAF lancar 2 markas baharu, perkukuh pertahanan siber negara
Anggaran Waktu Membaca:
DR Ng Eng Hen di majlis pelancaran dua markas baharu SAF, 18 Mac 2025. (Gambar: Petikan dari video)
SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) melancarkan dua markas baharu demi meningkatkan pertahanan siber negara di tengah-tengah peningkatan ancaman online yang semakin rumit.
Di majlis pelancarannya di Kem Hillview pada Selasa (18 Mac) Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata langkah tersebut mengurangkan risiko kepada prasarana penting, termasuk jagaan kesihatan dan bekalan tenaga.
Beliau turut memberi amaran, bahawa penyerang siber kini boleh mengeksploitasi kelemahan sistem dalam hanya beberapa hari menggunakan teknik canggih dan kecerdasan buatan (AI) .
"Rakyat Singapura akan menetapkan SAF sebagai bertanggung jawab jika tulang belakang digital kita lumpuh akibat serangan siber dari pihak luar. Sempadan IT antara kegunaan awam dan ketenteraan tidak jelas," kata Encik Ng.
"Malah, ia mudah ditembusi, seperti apa yang kita dapati berlaku semasa ancaman pengganasan. Orang awam menjangkakan pelaburan kita dalam bajet pertahanan dapat juga tangani ancaman luar yang semakin ketara. SAF perlu meningkatkan usaha demi melindungi tulang belakang digital dan prasarana penting IT kita," tambahnya.
Markas-markas baharu SAF itu akan bekerjasama dengan pemerintah dan memanfaatkan kepakaran Anggota Perkhidmatan Negara (NSMen)demi mengukuhkan lagi pertahanan digital Singapura.
Dr Ng juga membincangkan serangan siber baru-baru ini, termasuk insiden perisian tebusan pada Februari, menjejaskan server HomeTeam-NS yang mengandungi data pekerja.
HomeTeam-NS ialah badan bukan meraih untung yang mengiktiraf sumbangan NSmen.
Dr Ng berkata untuk memerangi peningkatan yang membimbangkan dalam ancaman siber, SAF mesti menyesuaikan diri dengan pantas untuk melindungi infrastruktur digital Singapura dan mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan negara.

Sumber : CNA/SU/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.