SAF jalankan simulasi perang paling mirip dengan pertempuran sebenar semasa Latihan Wallaby
Anggaran Waktu Membaca:

Jet pejuang F-16D+. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)
SHOALWATER BAY: Buat pertama kalinya dalam tempoh 11 tahun, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menjalankan latihan menembak peluru hidup berkenderaan peringkat batalion semasa Latihan Wallaby di Australia.
Simulasi perang tersebut memberikan anggota tentera pengalaman paling mirip dengan pertempuran sebenar.
Latihan menembak itu dijalankan selepas perancangan teliti serta latihan berminggu-minggu.
Kekuatan ketenteraan Singapura dipamerkan dalam latihan menembak peluru hidup gabungan, melibatkan angkatan udara dan batalion berkenderaan angkatan darat.
Dalam simulasi tersebut, kenderaan-kenderaan berperisai Terrex dan Belrex sedang mara ke kawasan musuh.
Untuk melemahkan pertahanan lawan, pasukan di darat meminta bantuan dari udara.
Dalam masa beberapa minit, jet-jet pejuang F-16 dan helikopter Apache muncul di udara untuk melancarkan roket ke sasaran musuh, bagi melumpuhkan ancaman.
"Pergerakan tembakan hidup berskala besar merupakan latihan yang paling realistik. Latihan ini boleh mengesahkan kesediaan operasi sesebuah unit ketenteraan. Kawasan latihan Shoalwater Bay ini yang besar empat kali ganda saiz Singapura memberi kami peluang menjalankan latihan di peringkat batalion," kata Mejar Mohd Firdaus Mohd Ghazali, CO Batalion ke-2, Regimen Infrantri Singapura.

Menteri Kanan Pertahanan, Encik Zaqy Mohamad menarik perhatian bahawa SAF berada di dalam kedudukan baik untuk membolehkan para anggota NS sepenuh masa serta askar kerahan mengikuti lebih banyak latihan berskala besar dalam sekitaran yang realistik.
"Peluang latihan di luar negara sebegini dapat memastikan SAF kekal berkesan dan berupaya mempertahankan Singapura apabila diperlukan," tambah Encik Zaqy.

Sumber : CNA/DY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.