Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAF jalankan penilaian risiko lompatan payung terjun selepas insiden Red Lions di NDP

Salah satu langkah yang dibincangkan adalah meninjau laluan terjunan yang berbeza untuk Pasukan Red Lions, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengadakan penilaian risiko berikutan kejadian seorang anggota pasukan Red Lions, jatuh ketika mendarat semasa membuat terjunan pada Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), 9 Ogos.

Salah satu langkah yang dibincangkan adalah meninjau laluan terjunan yang berbeza untuk pasukan Red Lions.

Tujuannya adalah untuk memberi lebih banyak masa kepada Pasukan Payung Terjun bertindak bagi mengelakkan kemalangan semasa pertunjukan terjun bebas di NDP.

Dr Ng berkata demikian di majlis makan sempena Hari Kebangsaan Toa Payoh Central pada Sabtu malam (13 Ogos).

"SAF mengadakan penilaian risiko tahap tinggi. Kami mahu melihat secara menyeluruh bukan sahaja kejadian tertentu di mana Pegawai Waran Ketiga (3WO) Jeffrey Heng mengalami pendaratan yang sukar tetapi juga ketika pratonton dan NDP yang lalu. SAF mahu lihat sama ada terdapat perubahan struktur yang meningkatkan risiko," kata Dr Ng.

3WO Heng tidak dapat mendarat dengan betul dan terjatuh di Pentas Terapung Marina Bay sewaktu NDP.

Beliau merupakan yang terakhir dalam kalangan 10 ahli terjun payung untuk mendarat.

Kejadian tersebut, yang berlaku sekitar 6.00 petang, menimbulkan keprihatinan dalam kalangan penonton yang bukan sahaja hadir di pentas terapung tetapi juga yang menonton perbarisan di rumah.

Sumber : CNA/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan