SAF, Home Team ganding bahu tangkis 'ancaman pengganasan' dalam Latihan Highcrest
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 240 anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Home Team dan agensi-agensi lain mengambil bahagian dalam latihan berbilang agensi di laut untuk menumpaskan "kapal yang dirampas" yang merancang untuk melakukan serangan pengganas ke atas Singapura.
Simulasi itu adalah sebahagian daripada Latihan Highcrest selama lima hari, yang berakhir pada Jumaat (28 Nov), dan turut merangkumi senario-senario seperti memadamkan kebakaran di laut dan memindahkan mangsa.
Latihan keselamatan maritim tahunan ini bertujuan untuk memperkukuh penyelarasan antara agensi, yang melibatkan para anggota dari Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN), Polis Pengawal Pantai, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Kastam Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

MENANGANI ANCAMAN PENGGANASAN
Dalam simulasi pada Jumaat (28 Nov) di luar pantai pangkalan Tentera Laut Changi, sebuah kapal bernama Constancy dikesan selepas didapati melencong daripada laluan perkapalan komersial biasa dan dinilai sebagai menimbulkan ancaman.
Satu tembakan amaran dilepaskan dari kapal RSN berdekatan, RSS Justice, di mana para anggota media hadir untuk menyaksikan latihan tersebut. Tembakan itu bermatlamat untuk menghalang kapal yang "dirampas" itu daripada terus mara.
Selepas itu, dua kapal Polis Pengawal Pantai mengepung kapal yang dirampas itu, lalu menyekat laluannya ke arah tanah besar Singapura.
Para anggota Pasukan Petugas Operasi Khas (SOTF) kemudian tiba - melalui laut dengan menaiki dua kapal tempur, dan melalui udara dengan dua helikopter H225M yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

Para anggota lain SOTF yang lain turun dari salah satu helikopter, yang berlegar-legar di atas kapal yang dirampas.
Bersama-sama, mereka mula menangani ancaman "pengganas" itu. Sebuah kapal peronda MPA mengelilingi kawasan itu untuk menghalang kapal-kapal komersial daripada menghampiri kawasan tersebut.
Kemudian, asap merah mula keluar dari kapal itu, sebagai simulasi berlaku kebakaran di atas kapal.
Dua kapal SCDF menghampiri kapal itu, dan satu memadamkan "api" dengan meriam air.

Kapal yang satu lagi memindahkan mangsa menggunakan kaedah menyelamat dari tempat tinggi, kali pertama ia dipaparkan dalam Latihan Highcrest.
Mangsa dipindahkan dari anjung kapal yang dirampas dan ke dek kapal penyelamat SCDF, kongsi Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Jackson Pang, Pengarah Kumpulan Operasi Maritim Nasional di Pusat Krisis Maritim Singapura.
“Ini satu operasi yang sangat mencabar, mengambil kira perbezaan ketinggian antara kedua-dua kapal,” katanya lagi.
“Melaksanakan komponen ini memberi kami keyakinan bahawa agensi-agensi keselamatan maritim kita dapat menjalankan keseluruhan rangkaian operasi, daripada pemintasan kapal hingga pemindahan mangsa.”

LALUAN PERKAPALAN PENTING KEPADA KEKEMAKMURAN SG: SHANMUGAM
Menteri Penyelaras Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam dan Menteri Pertahanan Chan Chun Sing turut berada di atas kapal RSS Justice untuk memerhatikan pelaksanaan Latihan Highcrest.
Bercakap kepada media selepas demonstrasi secara langsung, Encik Shanmugam berkata bahawa laluan air dan laut di sekitar Singapura adalah penting untuk kemakmuran Singapura, dengan perdagangan maritim membentuk kira-kira 7 peratus daripada GDP negara ini.

“Salah satu cara kita boleh diserang adalah melalui serangan ke atas kapal di laluan air kita, atau serangan dari laut ke Singapura sendiri,” katanya lagi.
“Bagaimana kita mengenal pastinya? Bagaimana kita memberi amaran awal? Bagaimana kita menanganinya? Ia penting bagi kita, dan latihan ini dijalankan dengan baik,” tambahnya.
Serangan pengganas dari laut bukanlah sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini. Dalam serangan di Mumbai pada 2008, yang mengakibatkan 175 kematian, kumpulan pengganas tiba dengan beberapa bot dari selatan Mumbai.
Mereka kemudian mendarat di pesisir pantai India dan melancarkan pelbagai serangan di bandar itu, yang berlangsung sehingga 60 jam.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.