SAF bakal tubuhkan pejabat kemampanan, uji minyak bersih bagi jet pejuang
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menubuhkan pejabat kemampanan dan menguji cuba minyak lebih bersih bagi beberapa jet pejuang dalam usaha terbaru untuk menjadi lebih mesra alam.
(Gambar: MINDEF)
SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menubuhkan pejabat kemampanan dan menguji cuba minyak lebih bersih bagi beberapa jet pejuang dalam usaha terbaru untuk menjadi lebih mesra alam.
SAF dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) juga akan mengurangkan penggunaan air dengan menggunakan pemasangan air yang lebih cekap serta memasang meter bijak di semua bangunan untuk memantau pengeluaran gas rumah hijau dan penggunaan sisa dan air bagi mencapai sasaran diletakkan.
"Menjelang 2030, MINDEF/SAF akan mengurangkan pertumbuhan pengeluaran gas karbon sebanyak dua pertiga secara keseluruhan berbanding pengeluaran biasa," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan media Isnin (1 Mac). "Menjelang 2050, kami menyasarkan untuk mengurangkan sebanyak separuh daripada pengeluaran gas 2030 selaras dengan strategi nasional."
MINDEF juga mengumumkan tahun lalu bahawa ia akan menggantikan kenderaan pejabatnya dengan model hibrid, memasang panel suria di lebih banyak bangunan dan memperkenalkan sistem pengurusan sisa makanan di lebih banyak kem.
MINDEF menambah bahawa Pejabat Kemampanan SAF yang baru itu akan menerajui perancangan dan pematuhan usaha-usaha kemampanan. Pejabat itu akan melapor kepada Ketua Turus Bersama SAF yang akan memegang jawatan Ketua Pegawai Kemampanan SAF.
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen pada Isnin berkata bahawa pejabat itu akan melaksanakan satu struktur bagi mencapai hasil kemampanan dan "tidak akan mengalihkan perhatian separuh jalan".
USAHA DIGITAL
Huraian digital juga akan dilaksanakan di beberapa bidang lain MINDEF dan SAF bagi memperbaiki keberkesanan pertubuhan.
Ini termasuk aplikasi pengurusan pengangkutan tentera RSAF yang menyelaraskan proses pentadbiran bagi para pengendali dan penyelia pengangkutan dengan mendigitalkan rakaman manual misalnya tulisan di buku log, kad prestasi pemandu dan borang penyenggaraan kenderaan.
App itu juga mengautomasikan penjejakan jarak tempuh, tempoh perjalanan dan jadual penyenggaraan kenderaan.
MINDEF mendedahkan kementerian itu memulakan Kilang Digital pada September 2020 untuk mereka, menguji dan mengembangkan lebih banyak produk digital yang memaksimumkan pengalaman perkhidmatan, proses perniagaan dan daya penghasilan.
Kilang Digital itu sudah membangunkan enam prototaip berpusatkan pengguna yang akan dirintiskan mulai pertengahan 2021, tambah MINDEF.
Dr Ng berkata kilang itu membolehkan para penyelidik membangunkan dan mengerahkan sofwe sehingga sepantas tiga kali ganda sebelum ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.