Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAF bakal pamer teknologi pemantauan baru dalam simulasi serangan pengganas Northstar di Pulau Jurong

Anggaran Waktu Membaca:
SAF bakal pamer teknologi pemantauan baru  dalam simulasi serangan pengganas Northstar di Pulau Jurong

Gambar: Facebook/The Singapore Army

SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menguji beberapa peralatan pemantauannya yang terbaru semasa Latihan Northstar, yang bakal berlangsung pada 22 Mac.

Edisi ke-11 latihan tersebut menguji respons berbilang agensi Singapura dalam menghadapi krisis dan keadaan yang menimbulkan ancaman.

SAF akan menampilkan keupayaannya itu semasa simulasi serangan pengganas di Pulau Jurong.

"Saya menguruskan sebuah pasukan pengendali dan secara bersama-sama menubuhkan pos kawalan taktikal. Ini supaya pasukan komander dapat memahami dan mendapatkan keadaan sebenar tentang apa yang sedang berlaku di lapangan. Oleh itu, saya rasa cukup bangga berkhidmat untuk membantu mereka dalam memastikan mereka mempunyai liputan secara langsung tepat pada masanya agar dapat membuat keputusan penting," jelas 3SG Subramaniam Ramsay, Rangkaian.
Batalion Komando, Kawalan, Komunikasi, Komputer dan Perisikan ke-15 SAF (15C4I Bn).

Antara peralatan yang bakal digunakan termasuk kamera tanpa pengendali yang boleh 'zoom' sehingga 30 kali dipanggil kamera 'pan-tilt-zoom' tanpa pengendali.

Ia adalah salah satu keupayaan 15C4I Bn yang dipamerkan kepada media pada Jumaat lalu (3 Mac).

Pos kawalan taktikal juga akan menggunakan kamera tanpa pengendali, untuk membolehkan komander dari Pasukan Petugas Pertahanan Pulau (IDTF) ditempatkan lebih dekat dengan insiden untuk kawalan yang lebih baik.

Ditubuhkan pada 2010, IDTF bekerjasama rapat dengan agensi Home Team seperti Pasukan Polis Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura untuk mengekalkan keselamatan tanah air, dan melindungi rakyat dan aset utama di sini.

Dalam pada itu, kenderaan Exploit sentiasa dalam keadaan siap siaga untuk mengangkut peralatan seberat 1 tan, iaitu sama berat dengan kira-kira 15 orang dewasa.

Exploit juga dilengkapi dengan monitor, sekali gus bermakna
kegiatan perisikan dapat dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dari kenderaan tersebut.

Keupayaan sedemikian membantu SAF menguruskan tenaga kerjanya dengan lebih baik.

"Maklumat daripada sensor perisikan kami akan dikongsi kepada rakan di Home Team melalui sistem kawalan makanan generasi akan datang agar dapat membuat dan mengambil keputusan secara bersama-sama," kata LTC Ivan He Weixiang, Pegawai Pemerintah Battalion 15 C4I.

Edisi Latihan Northstar sebelum ini menampilkan simulasi serangan pengganas di tempat-tempat awam, seperti pusat beli-belah dan lapangan terbang.

Latihan akan datang di Pulau Jurong akan melibatkan lebih 300 peserta dari agensi seperti Tentera Darat, Pertahanan Awam, dan Polis.

 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan