SAF bakal berlatih di SAFTI City sesuai untuk operasi keselamatan, memerangi pengganasan & bantuan bencana
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan berlatih di kemudahan canggih yang sesuai untuk operasi keselamatan dalam negeri, memerangi pengganasan dan bantuan bencana.
Pemandangan udara di SAFTI City. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
Terletak di Old Choa Chu Kang Road, SAFTI City direka bentuk untuk memaparkan bandar yang padat penduduk, membolehkan askar-askar berlatih dalam ruang yang realistik.
Para anggota SAF juga akan menggunakan peralatan seperti dron dan taktik yang sesuai untuk medan perang moden.
Semasa pelancaran fasa pertama SAFTI City, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata tempat latihan itu adalah 'aset penting' untuk tentera negara.
Sekitar S$200 juta dibelanjakan untuk membina fasa pertama, iaitu separuh daripada dana yang diperuntukkan untuk membina kemudahan itu.
Dr Ng menambah tidak banyak tentera yang boleh mencapai tahap realisme yang dilihat di SAFTI City.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.