Skip to main content

Singapura

SAF akan kerah 100 askar bantu MOH tangani lonjakan kes Omicron

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan mengerahkan askar-askarnya untuk membantu Kementerian Kesihatan (MOH) menangani lonjakan pada jumlah kes jangkitan Omicron.

Anggaran Waktu Membaca:
SAF akan kerah 100 askar bantu MOH tangani lonjakan kes Omicron

(Gambar: Facebook/Ng Eng Hen)

Diterbitkan : 11 Feb 2022 12:51PM

SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan mengerahkan askar-askarnya untuk membantu Kementerian Kesihatan (MOH) menangani lonjakan pada jumlah kes jangkitan Omicron.

Sekitar 100 askar akan dikerahkan untuk membantu, menurut Menteri Pertahanan Ng Eng Hen dalam catatan Facebooknya pada Jumaat (11 Feb).

"Para askar ini akan memberikan panduan panduan, menjawab pertanyaan dan memberi jaminan kepada para pesakit COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang," kata Encik Ng.

Singapura melaporkan 10,686 kes baru COVID-19 pada Khamis (10 Feb) dan satu kematian.

Setakat sehingga Khamis, Singapura mencatatkan 439,640 kes jangkitan COVID-19 dan 882 kematian sejak pandemik mula melanda negara ini.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita