Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAF adakan latihan tentera di The Star Vista 7 Feb

Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan di The Star Vista di Buona Vista mulai Isnin malam (7 Feb) sehingga awal pagi Selasa kerana Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan mengadakan latihan tentera di sana.

Anggaran Waktu Membaca:
SAF adakan latihan tentera di The Star Vista 7 Feb

(Gambar: Facebook/The Star Vista)

SINGAPURA: Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan di The Star Vista di Buona Vista mulai Isnin malam (7 Feb) sehingga awal pagi Selasa kerana Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan mengadakan latihan tentera di sana.

Dalam satu kenyataan media pada Khamis (3 Feb), Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyatakan, latihan itu akan berlangsung antara 9 malam Isnin hingga 5 pagi, keesokan harinya.

Ia melibatkan juga penerbangan rendah pesawat.

Oleh itu semua kegiatan penerbangan seperti bermain layang-layang atau dron dilarang di kawasan tersebut sepanjang waktu latihan berlangsung dari 9 malam Isnin hingga 1 pagi Selasa.

Kawasan-kawasan itu termasuk The Star Vista dan Stesen MRT Buona Vista, Ghim Moh Edge, Ghim Moh Valley serta Dover Ville.

Larangan itu bagi memastikan keselamatan orang awam dan pesawat yang terbang rendah di kawasan itu, kata MINDEF.

Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan