S$500,000 diperlukan bagi bantu mangsa banjir Pakistan
Mercy Relief Singapore merayu kepada orang ramai supaya menghulurkan bantuan bagi mengumpulkan S$500,000 untuk operasi responsnya ke wilayah Sindh, Pakistan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Asif Hassan/AFP)
SINGAPURA: Mercy Relief Singapore merayu kepada para penderma korporat dan orang awam supaya menghulurkan bantuan bagi mengumpulkan S$500,000 untuk membiayai operasi responsnya ke wilayah Sindh, Pakistan.
Usaha ini dijalankan bagi terus menghulurkan bantuan kepada lebih ramai mangsa banjir dan keluarga-keluarga yang amat memerlukan bantuan, menurut kenyataan medianya pada Rabu (21 Sep).
Sebuah pasukan yang dipimpin oleh Pengerusi Mercy Relief, Encik Satwant Singh, juga akan melawat wilayah Sindh yang teruk terjejas bagi mengagihkan makanan dan cadar tarpal bagi tempat berteduh sementara kepada sekitar 700 keluarga di sana.
Pasukan Mercy Relief juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Singapura.
"Saya berterima kasih kepada Mercy Relief kerana tampil membantu Pakistan dalam masa-masa memerlukan ini. Mercy Relief sering mempamerkan semangat kemanusiaan yang hebat apabila berlaku bencana dan berkhidmat dengan cemerlang kepada warga Pakistan," kata Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Cik Rukhsana Afzaal.
CARA MENDERMA
Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan derma menerusi saluran-saluran berikut:
1. Pengumpulan dana orang ramai melalui:
- Giving.sg bagi/di bawah “Pakistan Flood Relief 2022”: https://www.giving.sg/mercy-relief/pakistanflood2022
- Give.asia bagi/di bawah “Pakistan Flood Relief 2022”: https://give.asia/campaign/pakistan-flood-relief-2022#/
- SimplyGiving bagi/di bawah “Pakistan Flood Relief 2022”: https://www.simplygiving.com/appeal/pakistanfloodrelief2022
2. Derma Kad Kredit melalui laman Mercy Relief: https://www.mercyrelief.org/donate/
3. Pemindahan dana ke Akaun 'Current' DBS Mercy Relief 054-900741-2.
- Sila catitkan “Pakistan Flood Relief 2022” di ruangan komen.
4. Cek yang ditandakan (crossed cheque) yang dibuat kepada "Mercy Relief Limited" dan dikirimkan kepada Blk 160, Lorong 1 Toa Payoh, #01-1568, Singapore 310160. Di belakang cek, sila tuliskan:
- “Pakistan Flood Relief 2022”
- Nama penderma
- Alamat emel
KEADAAN DI PAKISTAN
Dilanda hujan lebat sejak 14 Jun lalu, banjir Pakistan menjejas lebih 33 juta orang, meragut 1,545 nyawa setakat ini dan membanjiri jutaan ekar tanah.
Dengan sepertiga negara itu ditenggelami air, banjir itu memburukkan lagi penularan penyakit bawaan air.
Ini sekali gus menjejas bilangan penduduk di bahagian-bahagian tersebut, yang menyaksikan kenaikan jumlah penyakit seperti malaria, demam denggi, cirit-birit dan masalah kulit.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.