S$41,000 hangus dalam penipuan pancingan data dikaitkan dengan tempahan hotel Booking.com sejak Sep
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: Mediacorp
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya S$41,000 lesap akibat pancingan data yang dikaitkan dengan Booking.com sejak September tahun ini.
Jumlah itu tiga kali ganda lebih tinggi berbanding pada Februari lalu.
Polis menyatakan pihaknya sedang memantau dengan teliti trend jumlah kes yang kian meningkat.
Sehingga kini, lebih 30 orang telah menjadi mangsa.
Para mangsa menerima kiriman emel dan mesej menerusi fungsi sembang aplikasi Booking.com selepas membuat tempahan.
Para penipu akan menyamar diri sebagai wakil hotel untuk meminta maklumat peribadi pelanggan dan memberikan satu pautan untuk mengesahkan tempahan.
Dengan menekan pautan tersebut, para pengguna akan dibawa ke laman web lain di mana mereka perlu memasukkan kata kunci sekali guna atau nombor kad kredit masing-masing.
Mangsa hanya menyedari bahawa mereka sudah ditipu selepas menghubungi Booking.com.
Sesetengah mangsa hanya mengetahui bahawa mereka ditipu selepas melihat urus niaga tidak diluluskan pada akaun bank mereka.

Sumber : CNA/AY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.