S$40,000 'hangus' akibat penipuan pancingan data Netflix sejak Okt
Anggaran Waktu Membaca:
Petikan skrin emel palsu yang kononnya dikirimkan oleh Netflix. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Polis pada Rabu (27 Nov) memberi amaran tentang kemunculan semula penipuan pancingan data melibatkan emel palsu yang kononnya dikirimkan oleh syarikat penstriman Netflix.
Sekurang-kurangnya 35 kes dilaporkan sejak 1 Oktober, dengan jumlah kerugian sekurang-kurangnya S$40,000, menurut polis dalam kenyataan medianya.
Dalam penipuan ini, para mangsa menerima emel yang kononnya dikirimkan oleh Netflix, sambil mendakwa bahawa terdapat isu bayaran atau langganan yang menyebabkan penggantungan sementara akaun mereka.
"Emel itu akan meminta mangsa menekan pautan URL bagi mengesahkan butiran mereka," jelas polis.
Para mangsa yang menekan pautan itu akan dipindahkan ke laman pancingan data dan diminta memberikan butiran perbankan dan kad mereka.
Penipu itu kemudian dikatakan menyalahgunakan butiran mangsa bagi membuat pembelian yang tidak sah.
Para mangsa menyedari mereka sudah ditipu hanya selepas mendapat tahu tentang urus niaga yang tidak sah pada kad atau penyata akaun bank mereka.
Polis menasihatkan orang ramai bahawa Netflix tidak akan sekali-kali meminta butiran peribadi seperti nombor kad dan butiran akaun bank menerusi kiriman teks atau emel.
Dalam makluman di lamannya, Netflix menambah bahawa pihaknya tidak akan sekali-kali meminta kata laluan pengguna atau bayaran melalui vendor atau laman pihak ketiga.
"Sekiranya kiriman teks atau emel itu memindahkan anda ke pautan URL yang tidak dikenali, jangan tekan. Jika anda sudah berbuat demikian, jangan isikan sebarang maklumat pada laman yang sudah dibuka," jelas Netflix.
Syarikat penstriman itu menasihatkan pengguna supaya menukar kata laluan dan mengemas kininya di laman atau aplikasi lain di mana gabungan emel dan kata laluan yang sama digunakan, sekiranya mereka menekan pautan atau berkongsi maklumat peribadi.
Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung jenayah sedemikian boleh menghubungi hotline polis di 1800-255-0000 atau menyerahkannya online di www.police.gov.sg/iwitness.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.