S$32,400 berjaya dikumpul melalui acara 'Run for Inclusion'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Runninghour
SINGAPURA: Sekitar 2,000 peserta mengambil bahagian dalam satu acara larian amal demi mengumpul dana bagi golongan berkeperluan khas pada Sabtu (3 Dis).
Buat julung-julung kalinya, acara tahunan 'Run for Inclusion' itu diadakan di Singapore Turf Club.
Presiden Halimah Yacob yang merasmikan acara tersebut turut menyertainya dengan berjalan sejauh 1.5 kilometer.
Para peserta lain pula berlari atau berbasikal sejauh 10 kilometer bersama-sama golongan berkeperluan khas.
Turf Club berjaya mengumpul lebih S$32,000 bagi Runninghour yang menganjurkan acara ini.
Runninghour menggalakkan penglibatan golongan berkeperluan khas dalam masyarakat menerusi sukan.
Dana yang terkumpul akan digunakan untuk membiayai program-program Runninghour.
Ia termasuk usaha menubuhkan sebuah akademi berbasikal inklusif dan memudahkan lagi jangkauan lebih luas kepada sekolah-sekolah berkeperluan khas.

Sumber : CNA/IA/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.